Tegakkan Martabat Insan, Cipta Peluang Kebersamaan

Tegakkan Martabat Insan, Cipta Peluang Kebersamaan | IKRAM

Untuk hidup dalam masyarakat yang pelbagai agama, kaum dan budaya, martabat atau maruah insan amat penting bagi mempromosikan rasa hormat dan perpaduan di sesebuah negara.

Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Hj Badlishah Sham Baharin berkata demikian dalam Sidang Pleno 1 International Interfaith Peace Conference (IIPC) 2023 pada Ahad, merujuk ayat al-Quran tentang penghormatan terhadap semua manusia.

“Ayat-ayat ini mengingatkan bahawa kerjasama dan saling memahami seharusnya melebihi sekadar mengenal sahaja, bahkan setiap individu dalam masyarakat perlu mencipta peluang untuk bekerja bersama,” ujarnya.

Turut menjadi ahli panel pada sidang pleno tersebut ialah Tn Cheng De (Pure Land Learning College Association Inc Australia), Prof Dr Suresh Kumar Govind (Penasihat Organisasi Antarabangsa Sathya Sai, Malaysia) dan  Dr Lee Chin Mei (Universiti Malaysia Pahang), yang dikendalikan oleh moderator Dr Amir Farid Isahak, Pengerusi INSAF dan ACCIN.

Inspirasi Piagam Madinah

Mengambil inspirasi daripada Piagam Madinah, Hj Badlishah Sham mengembangkan kepentingan dokumen bersejarah ini yang menyebutkan bahawa semua warganegara adalah ummah yang tunggal, melampaui sempadan agama dan kaum.

“Kepentingan piagam ini terletak dalam pembentukan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai budaya di Madinah, di mana umat Islam dan bukan Islam hidup berdampingan secara harmoni, dengan hak dan tanggungjawab yang sama untuk semua warganegara.”

Bersesuaian dengan topik perbincangan menegakkan martabat insan yang menjadi tema utama persidangan ini, Badlishah Sham menekankan perlunya interaksi yang adil sebagai manusia yang setara dan menolak sebarang bentuk diskriminasi.

“Kesepaduan sosial dapat dibina dengan memberikan penekanan terhadap keagungan martabat insan. Justeru, usaha ini dapat memperkuat kesatuan yang akan membawa kepada  kemajuan negara,” ujarnya dalam persidangan yang menumpukan dialog dan interaksi dua hala untuk mengukuhkan kesepaduan sosial dan kepercayaan dalam komuniti agama dan masyarakat.

Menurutnya, inisiatif ini penting bagi menggalakkan usaha kerjasama antara agama pada masa depan. Moga persefahaman yang terjalin menjadi kunci kepada hubungan yang harmoni antara penganut agama di negara ini dan seluruh pelosok dunia.

Tepikan Perbezaan Demi Kebaikan

Beliau turut menyorot prinsip-prinsip Piagam Madinah, mengajak masyarakat untuk bersatu, berkolaborasi dan mengetepikan perbezaan demi kebaikan bersama.

Membawa aspirasi yang sama, Hj Badlishah Sham turut berkongsi kejayaan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) baru-baru ini yang menganjurkan Simposium Antarabangsa Menegakkan Martabat Insan Bagi Kehidupan Yang Harmoni (International Symposium on Upholding Human Dignity for Peaceful Coexistence).

Simposium tersebut dianjurkan bersama International Centre for Law and Religion Studies di Brigham Young University School of Law, USA, Seminari Teologi Malaysia dan UID Sejahtera.

Ia turut menjadi platform untuk membincangkan konsep martabat insan sebagai asas untuk rasa hormat, kasih sayang, kepedulian dan kerjasama dalam masyarakat.

Tolak Ketidakadilan dan Diskriminasi

Program-program sebegini menekankan nilai yang terdapat pada setiap individu dan pada masa yang sama, masyarakat dunia mestilah menolak sebarang bentuk ketidakadilan atau diskriminasi sama ada berdasarkan agama, kaum, kelas, warna kulit, jantina, bahasa atau kewarganegaraan.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi mengenai pelancaran Gabungan Patriotisme dan Perpaduan Kebangsaan (GPPK) yang terdiri daripada lebih 60 pertubuhan masyarakat madani (CSO) dan NGO di Malaysia.

Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot), Brig Jen (B) Dato’ Mohamed Arshad Raji, Pengerusi Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) Stanley Yong Yew Wei dan beberapa NGO lainnya sependapat mengatakan, GPPK bertujuan untuk menghapuskan sentiment kebencian, memupuk perpaduan, menanamkan cinta kepada negara dan membangunkan Malaysia yang lebih bersatu.

“IKRAM dengan penuh rasa hormat menjadi anggota dalam gabungan ini, berusaha memperkuatkan komitmen kepada prinsip-prinsip tersebut,” ujar Badlishah Sham.

Tegakkan Martabat Insan

Sebelum IIPC 2023 melabuhkan tirai, Badlishah Sham mengingatkan para peserta tentang kepentingan menegakkan martabat insan sebagai pendorong bagi kehidupan yang harmoni, memupuk perpaduan, saling memberi dan memahami.

“Dengan mengakui nilai intrinsik setiap individu tanpa mengira latar belakang mereka, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang dibangunkan atas rasa hormat, perpaduan dan kerjasama yang harmoni,” tegasnya.

Allied Coordinating Council of Islamic NGOs Malaysia (ACCIN) bersama Pure Land Learning College Association Australia (PLLCA), dan Pure Land Amitabha Group – Malaysia (PLAG) menganjurkan IIPC 2023 pada 15-16 Julai di Hotel Furama, Kuala Lumpur.

Penganjuran IIPC kali ini turut mendapat kerjasama Kementerian Perpaduan Negara (KPN), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), dan IKRAM.

Persidangan yang dirasmikan oleh Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang ini menghimpunkan pemimpin agama, aktivis, ahli akademik, pegawai kerajaan dan para mahasiswa.

Tidak terkecuali, golongan belia turut hadir sebagai peserta bagi berkongsi idea, persamaan dan pandangan berkenaan nilai, prinsip dalam kepercayaan serta budaya masing-masing.

Bertemakan ‘Bekerjasama Ke Arah Masyarakat yang Saling Menghormati dan Bersatu Padu,’ persidangan ini bertujuan memupuk pemahaman, kerjasama dalam kalangan masyarakat yang berlatarbelakangkan komuniti agama dan budaya yang berbeza.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia