Enam amalan utama 10 malam terakhir Ramadan

Sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadan merupakan waktu yang dipilih untuk diturunkan Malam al-Qadar (lailatulqadar). Inilah hadiah terbesar yang diturunkan kepada umat Islam pada bulan Ramadan dan tidak terdapat pada bulan-bulan lainnya. Oleh hal yang demikian, seluruh umat Islam diperintahkan untuk menghidupkan malam-malam terakhir tersebut dengan melakukan pelbagai amalan ibadah termasuklah memperbanyakkan doa. […]
Memburu 10 malam terakhir Ramadan, lailatulqadar

Salam Ramadan al-Mubarak kepada semua warga Muslim di seluruh pelusuk dunia. Warkah ringkas saya ini saya fokuskan untuk membicarakan tentang 10 malam terakhir Ramadan. Apa yang ditulis di bawah bukan perkara baru, ia lebih kepada ulangan tazkirah yang selalu kita dengar atau baca. Kelebihan Seperti kita maklum, 10 malam terakhir Ramadan dicatat […]
Tarbiah Ramadan: Rebutlah kelebihan yang dijanjikan!

Sekali lagi kita dipertemukan dengan bulan Ramadan yang dimuliakan. Rebutlah peluang bersama-sama menjadi hamba Allah yang diampunkan segala dosa kita dan juga beroleh ganjaran pahala yang terlalu banyak yang Allah Subhanahuwataala sediakan untuk sekalian hamba-Nya. Sebagaimana hadis daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Sallallahualaihiwasallam bersabda: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ، إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا […]
Puasa Ramadan: Terapi jiwa menjana takwa

Untungnya umat Islam kerana tindakan dan suruhan yang diberikan oleh Allah SWT disertakan dengan tujuannya. Di bawah payung konsep Islam sebagai rahmat, maka keseluruhan pensyariatannya adalah kebaikan-kebaikan yang dibawa untuk umat manusia. Hanya yang tinggal cuma satu persoalan, bagaimanakah manusia itu mengambil peluang untuk merealisasikan agenda rahmat tersebut dalam kehidupannya? Sebagai sebuah panduan […]
Hari Nuzul al-Quran, peristiwa bersejarah Ramadan

Salah satu kemuliaan yang ada pada bulan Ramadan adalah berlakunya peristiwa Nuzul al-Quran yang membawa maksud penurunan al-Quran. Hal ini sepertimana yang terkandung dalam firman Allah SWT melalui Surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi pentunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan […]
Ramadan: Hindari dosa kering

Ramadan merupakan bulan kemuliaan di mana dalamnya penuh dengan keberkatan dan limpahan pahala bagi mereka yang benar-benar menghargainya. Malah beberapa bulan sebelum kedatangan bulan mulia ini pun sudah ada yang menghitung hari dengan penuh semangat dengan harapan dapat bertemu dengan Ramadan serta dapat mengambil manfaatnya. Ada juga sesetengah orang yang seawal mungkin sudah […]