Puasa Ramadan: Terapi jiwa menjana takwa

Puasa Ramadan Menjana Takwa

Untungnya umat Islam kerana tindakan dan suruhan yang diberikan oleh Allah SWT disertakan dengan tujuannya. Di bawah payung konsep Islam sebagai rahmat, maka keseluruhan pensyariatannya adalah kebaikan-kebaikan yang dibawa untuk umat manusia.

 

Hanya yang tinggal cuma satu persoalan, bagaimanakah manusia itu mengambil peluang untuk merealisasikan agenda rahmat tersebut dalam kehidupannya?

 

Sebagai sebuah panduan kehidupan yang syumul, segenap aspek kehidupan umat Islam dibimbing dengan panduan hukum dan peraturan yang semuanya bertujuan menjaga maslahat serta kebaikan manusia, juga menolak sebarang kemudaratan yang mungkin timbul.

 

Kebaikan-kebaikan yang ingin dicapai tersebut ditimbang cermat meliputi kebaikan di dunia dan kebahagiaan di akhirat.

 

Menjalani kehidupan yang serba rencam terutamanya pada hari ini, keperluan manusia makin kompleks seiring dengan kemajuan dan perkembangan semasa.

 

Selaras dengan itu juga, syariat yang sempurna telah bersedia dengan cadangan penyelesaian untuk menyantuni sebarang permasalahan yang timbul.

 

Syariah lestari 

 

Prinsip-prinsip syariah mengenai keimanan dan akidah yang sejahtera dan nilai-nilai kesejagatan inilah yang menjadikan syariah lestari hingga ke akhir umur dunia.

 

Kefahaman-kefahaman tentang agama melalui satu bidang makin meluas yang dinamakan sebagai fiqh pula adalah sebagai engsel, yang menjadikan hukum-hukum Islam bersifat fleksibel dan sesuai sepanjang zaman demi melayani kehidupan manusia yang makin hari makin mencabar.

 

Siapa sahaja yang tidak pernah merasa penat dalam hidup? Sebagaimana kata orang, duduk saja-saja pun penat, apalagi melakukan pekerjaan dan tugasan yang berpanjangan dek kerana tuntutan kehidupan masa kini yang tidak kenal batas.

 

Hakikatnya dalam kehidupan, tekanan adalah merupakan satu perkara yang lumrah dan diterima pakai sebagai sebahagian daripada kehidupan itu sendiri. Malah, seperti mustahil untuk seseorang itu untuk mencari satu bentuk kehidupan yang bebas daripada tekanan. 

 

Semakin kompleks kehidupan manusia, semakin tinggi tekanan dan tuntutan yang perlu mereka uruskan. Ini bermakna tekanan itu turut sama berkembang sejajar dengan tahap perkembangan kehidupan manusia itu sendiri.

 

Semakin dewasa seseorang individu itu, semakin banyak rintangan dan tugasan serta ujian yang akan ditempuhi sepanjang hidup mereka. Itulah lumrah kehidupan.

 

Situasi ini mendesak masyarakat dewasa ini, untuk mencari-cari terapi, ‘gateway’ atau jalan keluar untuk meredakan tekanan hidup. Tekanan sama ada pada sudut fizikal mahupun mental, sekiranya tidak ditangani sebaiknya akan menyebabkan kemusnahan dan kesakitan.

 

Oleh itu, kita dapat perhatikan pelbagai cara yang diteroka oleh manusia untuk meredakan tekanan-tekanan tersebut. Ada orang melegakan tekanan dengan secawan kopi, ada juga yang melancong hingga ke luar negeri.

 

Ada orang yang melegakan tekanannya dengan melakukan aktiviti kegemaran, ada pula yang membantu orang yang memerlukan. Bahkan, ada juga yang menjadikan tekanan sebagai alasan untuk melanggar batasan agama mahupun kesusilaan.

 

Menyedari akan hal ini, Allah yang Maha Penyayang telah menyediakan jalan-jalan terapi melalui pelbagai cara.

 

Ibadah-ibadah yang wajib itu pada hakikatnya ialah terapi kepada tekanan-tekanan yang ada dalam kehidupan manusia. Kesibukan-kesibukan sama ada berbentuk pergerakan dan komitmen fizikal contohnya, diredakan dengan pensyariatan solat lima waktu sehari semalam.

 

Solat lima waktu jika ditunaikan dengan penuh penghayatan akan mampu melonggarkan dan meredakan tekanan dan kesibukan ataupun hanya seketika cuma.

 

Tidak dinafikan, perhubungan seorang hamba dengan Allah merupakan tali utama yang menentukan kebahagiaan seseorang di dunia dan akhirat. Inilah yang digambarkan melalui ayat:

 

وَمَن يُسْلِمْ وَجْهَهُۥٓ إِلَى اللَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقٰى ۗ وَإِلَى اللَّهِ عٰقِبَةُ الْأُمُورِ

“Dan sesiapa yang menyerahkan wajahnya  kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada tali Allah yang kukuh, dan hanya kepada Allah-lah kesudahan segala urusan.” (Luqman: 22)

 

Penyerahan secara total kepada Allah Taala tidak akan berlaku tanpa keyakinan yang mantap. Orang yang benar-benar dekat dengan Allah Taala akan menyerahkan segala urusannya kepada Allah setelah berusaha.

 

Takwa ialah nakhoda

 

Umpama enjin kepada kereta, umpama ‘motherboard’ kepada komputer, itulah takwa bagi seorang manusia. Atas kepentingan inilah takwa diprogramkan penjanaannya melalui sebuah ibadah bernama puasa yang dipakejkan dengan Ramadan yang juga mempunyai seribu keberkatan dan keistimewaannya yang tiada tandingan. 

 

Pada hampir fasa ketiga ini, kelebihan Ramadan itu bukan lagi menjadi tajuk perbincangan. Sewajarnya yang menjadi perhatian masa ini ialah bagaimana kita mahu merebut waktu-waktu dalam Ramadan ini dengan pengisian perkara-perkara yang sepatutnya demi menjana takwa yang menjadi ‘katalis’ dan ‘dinamo’ dalam kehidupan.

 

Takwa bukan sahaja penting sebagai penentu hubungan dengan Allah SWT, malah takwa juga berperanan membentuk gaya fikir dan tindak seseorang Muslim.

 

Orang yang bertakwa akan bersungguh-sungguh melakukan kewajipan dalam agama. Orang yang bertakwa juga akan bersungguh-sungguh menjaga hubungannya dengan manusia lainnya. Bukankah hablun minallah (hubungan dengan Allah) dan hablun minannas (hubungan dengan manusia) itu perlu seiring?

 

Takwa yang menjadi tujuan jika diraih, akan menjadi bekalan sepanjang setahun sebelum datangnya Ramadan akan datang.

 

Rasa takut dan harap akan membuatkan kita sentiasa dekat dan perlu kepada Yang Maha Esa. Rasa syukur dan cukup akan membuahkan ketaatan yang tidak berbelah bahagi.

 

Justeru, jadilah Muslim yang bertakwa itu sebaik-baik manusia kepada Tuhannya. Takwa itulah juga yang akan menjadikannya seorang manusia yang bermanfaat, menyantuni orang lain dalam masyarakat dan mengajak manusia lain kepada pengabdian yang hakiki kepada Allah Rabbul Alamin.

 

Dr Hamidah Mat

Pensyarah Kanan, Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial (FESS OUM)
Penasihat Pertubuhan Ilmuwan dan Cendekiawan Muslim Malaysia (ILMAN)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia