Enam amalan utama 10 malam terakhir Ramadan

Amalan 10 Malam Terakhir Ramadan

Sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadan merupakan waktu yang dipilih untuk diturunkan Malam al-Qadar (lailatulqadar). Inilah hadiah terbesar yang diturunkan kepada umat Islam pada bulan Ramadan dan tidak terdapat pada bulan-bulan lainnya. 

 

Oleh hal yang demikian, seluruh umat Islam diperintahkan untuk menghidupkan malam-malam terakhir tersebut dengan melakukan pelbagai amalan ibadah termasuklah memperbanyakkan doa. 

 

Ketika menjelangnya 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, Rasulullah SAW bersungguh-sungguh membangunkan ahli keluarganya untuk beramal ibadah. 

 

Bahkan dalam sebuah hadis sahih menyebutkan sikap baginda yang tidak bertangguh-tangguh dalam memperkemaskan pakaian baginda untuk bersiap sedia bertemu dengan Allah SWT. 

 

Daripada Aisyah RA berkata:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَأَحْيَا لَيْلَهُ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ

 

“Nabi SAW apabila memasuki sepuluh akhir (bulan Ramadan), baginda mengencangkan sarung baginda, menghidupkan malamnya dengan beribadah dan membangunkan keluarganya.” [HR Bukhari, No. 2024 dan Muslim, No. 1174]

 

Amalan 10 malam terakhir Ramadan

Antara amalan-amalan yang boleh dilakukan dalam mengejar 10 malam terakhir pada bulan Ramadan ialah:

 

1. Memperbanyakkan zikir. 

Perbanyakkan bacaan tasbih (subhanallah), tahlil (laa ilaha illallah), tahmid (alhamdulillah) dan zikir lainnya seperti yang terkandung dalam koleksi doa dan zikir Hisnul Muslim oleh Sa’id bin Ali Wahf al-Qathani, juga zikir-zikir sahih yang ada dituntunkan oleh Rasulullah SAW.

 

2. Memperbanyakkan istighfar.

Pohon keampunan sebanyak-banyaknya kepada Allah agar kita termasuk dalam kalangan hamba yang mendapatkan keampunan. Orang yang paling rugi pada bulan Ramadan ialah orang yang tidak mendapat keampunan daripada Allah SWT. Justeru itu, alangkah eloknya jika kita tidak lupa dalam terus beristighfar kepada Allah SWT.

 

3. Memperbanyakkan bersedekah kepada golongan yang kurang berkemampuan. 

Bersedekah tidak terhad pada waktu tertentu sahaja, tetapi juga pada bulan Ramadan di 10 malam terakhir inilah kita dapat melipatgandakan amalan sedekah kita kepada golongan yang memerlukan seperti sikap Nabi SAW paling banyak bersedekah pada bulan Ramadan.

 

Ibnu Abbas RA meriwayatkan bahawa:

“Nabi SAW ialah orang yang paling gemar bersedekah. Semangat baginda dalam bersedekah lebih membara lagi ketika bulan Ramahan tatkala itu Jibril menemui baginda. Jibril menemui baginda setiap malam pada bulan Ramadan. Jibril mengajarkan al-Quran kala itu. Dan Rasul SAW adalah yang paling semangat dalam melakukan kebaikan bagai angin yang bertiup.” [HR Bukhari, No. 3554 dan Muslim, No. 2307]

 

4. Membaca al-Quran.

Membaca setiap huruf al-Quran mengandungi banyak pahala kebaikan. Jika membaca al-Quran secara berterusan, maka akan banyak pula pahala yang akan diperolehi oleh para pengamalnya.

 

Sabda Rasulullah SAW:

“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, maka baginya satu kebaikan. Dan kebaikan itu sama seperti 10 kali ganda. Aku tidak katakan ألم  itu satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” [HR Tirmidzi, No. 2910]

 

5. Memperbanyakkan doa sebagaimana doa yang diajarkan oleh Nabi SAW kepada isteri baginda.

Aisyah berkata, ‘Wahai Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mengetahui bila Lailatulqadar (Malam al-Qadar), maka apa yang perlu aku ucapkan?” Baginda menjawab, “Ucapkanlah:

 

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, mencintai kemaafan, maka maafkanlah aku.” [HR Tirmidzi, No. 3513 dan Ibnu Majah, No. 3850]

 

6. Iktikaf di masjid.

Beriktikaf bertujuan untuk mendapat Malam al-Qadar dan supaya ibadah mampu ditunaikan dalam keadaan khusyuk dan tenang.

 

Daripada Aisyah RA ia berkata:

أَنَّ النَّبِىَّصلى الله عليه وسلم كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّى تَوَفَّاهُ اللَّهُ ، ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ

 

“Nabi SAW beriktikaf pada sepuluh hari yang akhir daripada Ramadan hingga kewafatannya, kemudian isteri-isteri beliau pun beriktikaf setelah kepergian baginda.” [HR Bukhari, No. 2026 dan Muslim, No. 1117]

 

Malam al-Qadr merupakan malam istimewa yang dikurniakan kepada umat Islam yang berpuasa. Untuk itu, persiapkan fizikal kita pada 10 malam terakhir tanpa mengkhususkan pada satu-satu malam sahaja.

 

Hikmah tersebut supaya umat Islam tidak membeza-bezakan hari-hari tersebut dalam mencari malam lailatulqadar yang sebenar-benarnya.

 

Nabi SAW bersabda:

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

“Carilah lailatulqadar pada sepuluh malam terakhir daripada bulan Ramadan.” [HR Bukhari, No. 2017]

 

Antara petunjuk dan tanda-tanda malam lailatulqadar termasuklah:

  1. Malam yang tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.
  2. Matahari tidak terlalu cerah dan bersinar-sinar.

 

Daripada Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda:

لَيْلَةُ القَدَرِ لَيْلَةٌ سَمْحَةٌ طَلَقَةٌ لَا حَارَةً وَلَا بَارِدَةً تُصْبِحُ الشَمْسُ صَبِيْحَتُهَا ضَعِيْفَةٌ حَمْرَاء

 

“Lailatulqadar adalah malam yang penuh kemudahan dan kebaikan, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar tidak begitu cerah dan nampak kemerah-merahan.” [HR ath-Thayalisi dan al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman. Sahih dalam Sahih al-Jaami’ No. 5475 oleh al-Albani]

 

Wanita juga tidak terhalang daripada mendapat kelebihan Malam al-Qadar. Meskipun kaum wanita mengalami keuzuran pada saat-saat akhir bulan Ramadan, namun mereka juga boleh mendapat malam anugerah ini dan mengisi waktu yang berfaedah dengan mengerjakan amalan-amalan lain seperti berzikir dan yang sesuai mengikut syarak yang dibenarkan.

 

Semoga kita dipertemukan dengan malam kemuliaan itu yang lebih baik daripada bulan-bulan selainnya. 

 

Firman Allah SWT:

ﻭَﻣَﺎ ﺃَﺩْﺭَﺍﻙَ ﻣَﺎ ﻟَﻴْﻠَﺔُ ﺍﻟْﻘَﺪْﺭِ ﻟَﻴْﻠَﺔُ ﺍﻟْﻘَﺪْﺭِ ﺧَﻴْﺮٌ ﻣِﻦْ ﺃَﻟْﻒِ ﺷَﻬْﺮٍ

“Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.” [Surah Al-Qadr: 2-3]

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia