Menurut Setiausaha Agung IKRAM, Hj Nahar Md Nor, solat jenazah boleh dilakukan mengikut kumpulan usrah (jika usrah diadakan pada malam ini) atau mengikut IKRAM daerah masing-masing.
Tambah beliau, solat jenazah di London dijangka akan dilakukan pada hari ini selepas solat Zuhur di East London Mosque, kira-kira jam 8.00 malam waktu Malaysia, selepas mendapat keizinan untuk urusan jenazah seterusnya oleh pihak hospital semalam.
Kata beliau, Almarhum Syeikh Jum’ah Amin mempunyai hubungan yang istimewa dengan NGO IKRAM kerana beliau telah pernah beberapa kali berkunjung ke Malaysia.
“Kita telah mengikuti ceramah dan pengisian oleh beliau. Ketegasannya dalam amal tanzimi serta penekanan tentang kepentingan tarbiah kepada kita akan tetap diingati,” ujarnya.
Nahar turut mencadangkan supaya selepas solat jenazah nanti, ahli IKRAM membaca ucapan dan tazkirah yang pernah disampaikan Almarhum kepada ahli IKRAM.
Antara intipati tazkirah beliau di link berikut: http://bit.ly/1BiCEVZ (Taujihat Syeikh Jum’ah Amin Abdul Aziz – Siri 1) dan Wacana Tarbawi pada Julai 2011: http://bit.ly/1znBTzH.
Menurutnya, nama Syeikh Jum’ah telah abadikan pada surau di Pusat Pendidikan Al-Amin Gombak (Surau Jum’ah Amin) manakala pokok yang beliau tanam di Sekolah Menengah Islam Hira’ Jeram terus tumbuh dengan subur.
“Kita kehilangan salah seorang generasi awal yang sempat bersama-sama dengan pengasas jamaah ini, Asy-Syahid Imam Hassan Al Banna,” jelasnya.
Semoga Almarhum Syeikh Jum’ah Amin ditempatkan bersama para syuhada’, pejuang dan solehin, amin, insya-Allah.