Sunnah Menjaga Hati Isteri: Tip Buat Para Suami

Sunnah Menjaga Hati Isteri: Tip Buat Para Suami | IKRAM

Rumah tangga yang aman dan damai bukan sekadar diukur mengikut kepimpinan seorang lelaki yang menjalankan tanggungjawabnya seperti menyediakan pakaian, keperluan dan tempat tinggal dengan cukup selesa.

Namun lebih daripada itu, tanggungjawab suami kepada isterinya juga bukan sekadar memelihara fizikalnya sahaja tetapi juga dari segi emosi dan perasaannya.

Menjaga dan memahami hati pasangan termasuk dalam kewajipan bagi setiap suami yang menginginkan rumah tangganya kekal hingga ke akhir hayat.

Berapa ramaikah dalam kalangan suami yang benar-benar menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh teladan dalam urusan kehidupan dan perkahwinannya?

Barangkali jika disebut perihal berpoligami, pasti semua lelaki akan bersorak melaungkan slogan hidup bermadu ini adalah sunnah kerana baginda juga mempunyai isteri yang ramai.

Tetapi, dari sudut perkara lain seperti memelihara hati isteri daripada disakiti dan dizalimi, kebanyakan kaum Adam ini gagal dalam mempraktikkannya melainkan sibuk mempertegakkan isu poligami dalam keadaan diri sendiri tidak berkemampuan.

Rasulullah SAW hidup berpoligami tetapi baginda juga tidak pernah mengabaikan hati isteri-isterinya. Baginda tetap santun merawat hati isterinya yang terluka dan melayani mereka dengan sebaik-baiknya.

Sekiranya terdapat isteri yang melakukan kesalahan, baginda tidak lupa menasihatkan dengan tutur bicara yang penuh dengan kelembutan. Rasulullah SAW bersabda:

“Sebaik-baik daripada kalangan kamu ialah yang paling baik terhadap isterinya. Dan aku adalah yang terbaik terhadap isteriku.” (HR Tirmidzi, No. 3895, Sahih)

Maka, benarlah bahawa Rasulullah SAW adalah contoh teladan buat kaum suami di luar sana. Menjaga hati isteri termasuk dalam rangka berbuat kebaikan kepada isterinya.

Lihatlah, segelintir suami pada hari ini ada yang lebih gemar melepak di kedai mamak sambil menyaksikan perlawanan bola sepak di kaca televisyen dalam situasi membiarkan hati isterinya belum diubati oleh kerana kesalahan sendiri yang dilakukan. 

Pada akhirnya, isteri pula yang tiba-tiba berlepas diri kerana tidak mampu lagi mengawal emosi yang berkecamuk. 

Sedangkan, mengambil hati isteri merupakan amalan yang boleh menjernihkan masalah semula sebagaimana para ulama turut memperingatkan kepada kita. Kata ulama, Syeikh Mahmud al-Misri:

“Orang yang paling layak diberi kata-kata manis adalah isteri. Bahkan mungkin kata-kata manis itu mampu menyembuhkan hati isteri yang sedang sakit sehingga ia balik melayani suami dengan ucapan yang indah.” (Petikan dalam Karakteristik Suami Idaman, hal. 76. Penulis: Syeikh Mahmud al-Misri, Penerbit: Qisthi Press)

Bagi para suami yang buntu dalam menyelesaikan masalah rumah tangganya ini, selain menginginkan Rasulullah SAW sebagai rujukan ketua keluarga, berikut adalah sedikit tip buat para suami bagi menambat hati isteri masing-masing,

1. Memujuk isteri dengan segera

Sebenarnya tidaklah ego seorang suami itu jatuh apabila memujuk isterinya asbab daripada kesilapan yang membuatkan rumah tangganya hampir berkecai.

Pujuklah isteri, akui kesalahan dan bersikap jujurlah kepada wanita yang dijadikan sebagai pasangan sehidup sematinya.

Ia sama sekali tidak meruntuhkan kedudukan suami sebagai pemimpin dalam rumah tangganya. Jangan kerana sikap suami ini mengakibatkan isterinya berubah menjadi nusyuz.

2. Bina komunikasi yang sihat

Jangan membiasakan amalan ‘berlepas tangan’ dengan terlalu lama tanpa menyelesaikan pertengkaran ini dengan cara rasional seperti menjauhkan diri dengan anggapan hendak menenangkan fikiran sendiri.

Jadilah lelaki yang gentleman dan bertanggungjawab terhadap tindakan sendiri yang hampir memusnahkan perkahwinan sendiri. Buktikan bahawa kalian lelaki yang tidak mudah kalah memenangi hati isteri yang dicintai.

3. Dapatkan kepercayaan isteri

Ini bermakna, usah mencuba melakukan perkara yang tidak digemari oleh isteri. Sekali dibuat, mungkin masih boleh diberi kemaafan.

Namun, apabila ia telah dicemari berulang kali, percayalah kepercayaan itu sudah sukar dipulihkan kembali. Oleh kerana itu, sentiasalah mencari jalan bagi mendapatkan kepercayaan isteri setelah menginsafi kesalahan sendiri.

Ketahuilah bahawa suami yang baik ialah suami yang menyayangi dan menghargai isterinya.

Hormati dan berlemah lembut kepada makhluk yang penuh perasaan dan sentiasa diuji oleh syak wasangka. Sebelum hatinya bertambah tawar, segeralah membuat keputusan.

Justeru itu, peliharalah ikatan suci ini dengan berusaha mengamalkan sunnah Nabi Muhammad SAW yang semakin diabaikan pada akhir zaman ini. 

Syuhara Suriati
Penulis antologi, anekdot, artikel, puisi, majalah dan resensi buku

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia