Jangan menunggang nama sunnah

Sebagai orang Islam, ajaran sunnah baginda Nabi SAW merupakan panduan terpenting dalam kerukunan hidup sebagai seorang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

 
Malah, sunnah Nabi SAW merupakan sumber primer (utama) untuk umat Islam menjadikannya sebagai rujukan dan panduan kehidupan.

 

Perkataan sunnah merujuk kepada makna sebarang perbuatan, perkataan, persetujuan (taqrir) dan sifat perwatakan baginda Nabi sama ada secara zahirnya (luaran) mahupun secara batin (dalaman).

Maka, untuk memahami sunnah Nabi ini, termasuklah dalam bab perubatan Nabi SAW, kita mesti jelas dengan dua jenis pembahagian sunnah yang dijadikan dalil atau hujah.

Pertama, disebutkan sebagai Sunnah Tasyri’. Ini membawa makna apa yang datang daripada Nabi SAW dengan diiktibarkan baginda adalah seorang Nabi dan Rasul, maka hal itu dinamakan sebagai sumber Tasyri’iyyah (pensyariatan).

Terdapat banyak contoh berkenaan Sunnah Tasyri’ yang boleh menjelaskan lagi maknanya sama ada dari sudut percakapan, perbuatan atau persetujuan baginda Nabi SAW.

 

Misalnya dalam sebuah hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim, daripada Abi Abdirrahman ‘Abdullah Ibn ‘Umar Ibn al-Khattab katanya, saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:

 

“Islam dibina atas lima perkara ; (Bersyahadah), mengucap tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu merupakan pesuruh-Nya (Rasulullah), mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan berpuasa pada bulan Ramadan.”

 

Berdasarkan hadis ini, telah disyariatkan rukun Islam itu mempunyai lima perkara dan setiap yang bergelar Muslim wajib melaksanakannya sepertimana yang telah disebutkan oleh baginda Nabi SAW. Maka, berdasarkan Sunnah Tasyri’ ini, kita sudah maklum akan lima rukun Islam ini tanpa menambah atau sebaliknya mengurangkannya.

 

Adapun bahagian kedua, disebutkan sebagai Sunnah Ghair Tasyri’iyyah (bukan pensyariatan), nama lainnya adalah Sunnah Jibiliyyah. Ini bermaksud apa yang datang daripada baginda Nabi SAW dan diiktibarkan bahawa Nabi SAW adalah seorang manusia biasa yang berketurunan atau disebabkan pengalaman hidup baginda Nabi SAW.

 

Sunnah Jibiliyyah adalah dalil yang tidak disyariatkan untuk kita ikuti. Bahkan ianya dilakukan kerana sifat fitrah Nabi seorang manusia biasa dan kerana pengalaman Nabi SAW.

 

Sebagai contoh, hadis riwayat Imam Bukhari, daripada Aisyah, beliau berkata, “Adapun Rasulullah SAW menggemari manisan dan madu.”

 

Syeikh Dr Wahbah al-Zuhaili dalam kitabnya menyatakan bahawa setiap yang datang daripada Nabi SAW yang berbentuk tabiat Nabi sebagai manusia seperti cara bangun, duduk, berjalan, tidur, makan, minum dan perbuatan-perbuatan yang lain, tidak dikira sebagai satu pensyariatan. Hal ini kerana perbuatan tersebut lahir daripada sifat kemanusiaan sebagai seorang manusia dan bukannya bersifat pensyariatan.

 

Demikian juga dalam bab perubatan sunnah Nabi SAW. Terdapat beberapa hadis Nabi SAW yang menceritakan tentang khasiat makanan tertentu, atau barangkali Nabi sendiri berubat menggunakan herba makanan tertentu, bukan itu yang dikehendaki oleh Nabi SAW.

 

Tumpuan Nabi dalam hal perubatan bukanlah tentang soal jenis penawar herba dan sebagainya. Nabi tidak diutuskan untuk menjadi duta mana-mana produk kesihatan.

 

Tetapi yang menjadi penekanan dan fokus dalam perubatan sunnah Nabi ini ialah penjagaan kesihatan dengan segera mencegah dan berubat apabila mendapat sakit.

 

Oleh kerana itu, kita boleh lihat bahawa sifat perubatan sunnah Nabi itu berbentuk luas dan terbuka. Apa sahaja yang boleh membantu mengubat penyakit, maka ia dijadikan sumber perubatan, contohnya susu, madu, habbatus sauda’ dan ada ketikanya air kencing unta pun dijadikan sumber perubatan ketika zaman Nabi.

 

Bahkan pada zaman Nabi SAW, baginda tidak pernah menghalang atau melarang ahli perubatan untuk datang mengubat penyakit. Malah, dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud, daripada Saad bin Abi Waqas katanya:

 

“Aku sakit lalu Rasulullah menziarahiku. Baginda meletakkan tangannya di tengah dadaku sehingga terasa sejuk di tangan baginda di dadaku. Baginda bersabda, “Kamu sedang sakit dada, pergilah berjumpa al-Harith bin Kaladah daripada kabilah Thaqif kerana dia tahu mengubat..” “

 

Al-Harith bin Kaladah merupakan seorang doktor Arab yang terkenal pada zaman itu, yang merupakan seorang bukan Islam. Namun begitu, Nabi tidak pernah melarang kita mengambil manfaat biarpun ia datang daripada orang bukan Islam.

 

Selagi mana kaedah perubatan tersebut tidak menyanggahi syariat, maka diharuskan kita berubat. Oleh itu, kita mesti memahami bahawa bukan semua perubatan sunnah Nabi itu sesuai dengan penyakit dan tubuh badan.

 

Walaupun datang daripada ajaran sunnah Nabi, tetapi ia bukanlah menjadi pensyariatan yang wajib dan mesti kita lakukan. Selagi tidak ada bukti yang kukuh dari sudut kesihatan, maka rujuklah kita dengan pakarnya.

 

Jangan menunggang nama sunnah demi melariskan jualan untuk kepentingan tertentu. Ambillah nasihat pada yang selayaknya. Jangan membuta tuli menjunjung nama perubatan sunnah. Semoga Allah merahmati kita semua.

 

Muhammad Faidhi Azis
Pegawai Masjid dan Guru Takmir

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia