Siasat segera tuduhan salah laku badan kehakiman – IKRAM Legal

IKRAM Legal berkongsi seruan yang sama dengan Yang Arif Datuk Dr Haji Hamid Sultan bin Abu Backer serta pihak-pihak yang lain termasuklah Majlis Peguam Malaysia agar sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (Royal Commission of Inquiry) ditubuhkan bagi menyiasat tuduhan-tuduhan salah laku terhadap badan kehakiman sebelum ini sepertimana yang telah didedahkan oleh Yang Arif Datuk Dr Haji Hamid Sultan bin Abu Backer dalam afidavit yang telah diikrarkan pada 14 Februari 2019 bagi menyokong Permohonan Sangeet Kaur Deo di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

IKRAM Legal berasa amat terkejut dengan pendedahan yang telah dibuat oleh Yang Arif Datuk Dr Haji Hamid Sultan bin Abu Backer tersebut melalui afidavit yang merupakan keterangan bersumpahnya di Mahkamah yang tular di media setebal 63 muka surat tersebut yang antaranya adalah berkenaan dengan campur tangan dalam kes liwat II Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, kes Karpal Singh untuk tuduhan di bawah Akta Hasutan di Mahkamah Rayuan, kes Indira Ghandi di Mahkamah Rayuan serta salah laku-salah laku oleh seorang yang berpangkat Ketua Hakim Negara yang dinamakan sebagai ‘ARLC’.

IKRAM Legal menegaskan bahawa tuduhan tersebut adalah merupakan tuduhan yang amat berat dan serius memandangkan ianya melibatkan integriti badan kehakiman negara yang merupakan salah satu cabang daripada pemisahan kuasa dalam negara selain badan eksekutif dan legislatif. Dengan berpegang kepada prinsip “seseorang itu adalah tidak bersalah sehingga dia dibuktikan bersalah”, maka IKRAM Legal melihat bahawa jalan yang paling baik untuk menyiasat tuduhan-tuduhan ini adalah dengan melalui siasatan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja yang bebas.

IKRAM Legal menegaskan bahawa sekiranya tuduhan-tuduhan yang didedahkan oleh Yang Arif Datuk Dr Haji Hamid Sultan bin Abu Backer ini tidak diselesaikan dengan sesegera mungkin, ianya akan meletakkan badan kehakiman negara berada dalam keadaan kewibawaan dan integritinya diragui untuk satu tempoh yang lama sekali gus boleh mengganggu kelancaran perjalanan badan kehakiman dalam melaksanakan tugasnya untuk mendengar dan memutuskan kes-kes perbicaraan di mahkamah yang merupakan tugas hakikinya pada setiap hari.

Dalam kesempatan ini juga, IKRAM Legal juga ingin memperingatkan para hakim terhadap hadis Rasulullah SAW yang telah direkodkan oleh at-Tirmidzi yang bermaksud:

Hakim itu ada tiga, dua di neraka dan satu di syurga. Seseorang yang menghukumi secara tidak benar padahal dia mengetahui mana yang benar, maka dia di neraka. Seorang hakim yang jahil lalu menghancurkan hak-hak manusia, maka dia di neraka, dan seorang hakim yang menghukumi dengan benar, maka dia masuk syurga.

Dengan mengakui bahawa tugas hakim sememangnya adalah merupakan satu tugasan yang berat, IKRAM Legal ingin mengingatkan para hakim agar sentiasa komited mengangkat keadilan khususnya dalam era Malaysia Baharu ini memandangkan selain daripada menjadi tempat pergantungan rakyat untuk mendapatkan keadilan di dunia ini, badan kehakiman juga memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan semak dan imbang pentadbiran negara berjalan dengan lancar dan berkesan.

Marwan bin Abdullah
Pengerusi IKRAM Legal

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia