Sijil anugerah disampaikan oleh Tuan Sofaruddin Hj Ismail, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah yang diiringi Tuan Abd Aziz Selaiman, Ketua Sektor Pengurusan Akademik Negeri Kedah, kepada Puan Rodiah Jusoh, Guru Besar SRAI dan Puan Ainon Ariffin, Pengetua SMAI semalam.
Turut menerima anugerah ialah Puan Noor Latifah Mohd Zainuddin, Guru Besar SRAZ dan juga Encik Syahir Ismail, Pengetua SMAZ dalam Perhimpunan Bulanan Urus Setia Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah di Dewan Al-Farabi, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri di sini.
Selain itu, empat sekolah swasta lain di Kedah yang turut menerima anugerah tersebut ialah Sekolah Rendah Islam Darul Aman, Sekolah Rendah Islam Alor Setar, Sekolah Menengah Keat Hwa dan Sekolah Menengah Sin Min.
Dalam Konvensyen & Konvokesyen IKRAM MUSLEH 2016 pada 5 Mac lalu di UTM Kuala Lumpur, SMAZ dan SRAI turut menerima Anugerah Kualiti IKRAM MUSLEH 2015 (Lima Bintang) sementara SRAZ menerima pengiktirafan empat bintang. SRAI juga menerima Anugerah Kurikulum IKRAM MUSLEH.
Tahniah kepada sekolah-sekolah Pusat Pendidikan Al Islah, Sungai Petani (SRAI & SMAI) dan Pusat Pendidikan Al Azhar, Jitra (SRAZ & SMAZ)!
Semoga dengan pengiktirafan ini, ia terus memberi inspirasi kepada sekolah-sekolah IKRAM MUSLEH yang lain untuk terus cemerlang dan menerajui pendidikan holistik dalam memperkasakan pendidikan IKRAM untuk membentuk generasi soleh dan musleh, insya-Allah.
Sumber: http://bit.ly/1VR3xOJ | http://bit.ly/1LW3oa4