Ramadan, Aku Kembali: Bangunkan Jiwa Meraih Takwa – Presiden IKRAM

Ramadan, Aku Kembali: Bangunkan Jiwa Meraih Takwa - Presiden IKRAM

Bulan yang penuh rahmah dan berkat, bulan Ramadan kini menjelang tiba. Umat Islam pastinya teruja menyambut ketibaan pesta ibadah dengan ganjaran yang berlipat ganda untuk meraih anugerah takwa.

Sememangnya bulan Ramadan disambut dengan meriah saban tahun. Namun persoalannya, sejauh manakah persediaan kita menghadapinya? Apakah ibadah kali ini mampu dilaksanakan dengan lebih baik berbanding Ramadan tahun lalu?

Peluang berada pada bulan yang penuh keberkatan ini sewajarnya diisi dengan muhasabah dan penambahbaikan pelbagai ibadah yang boleh menghapuskan dosa-dosa yang lalu, agar diri kembali kepada fitrah yang suci dan mendapat keredaan Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, diampunkan dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari dan Muslim)

Ramadan tahun ini disambut dalam keadaan kita hampir bebas daripada Covid-19 sepenuhnya buat pertama kali, namun rakyat masih bergelut dengan ujian kesihatan, pekerjaan, ekonomi serta peningkatan kadar inflasi, kenaikan harga barang dan isu kos sara hidup yang membebankan.

Sebagai Muslim, apakah Ramadan mampu memberi impak dalam kelangsungan kehidupan bagi menghadapi situasi getir ketika ini? Perlu diketahui, Ramadan hadir sebagai pemangkin atau ‘catalyst’ membangunkan jiwa dalam menghadapi keadaan serba tidak menentu ini.

Ramadan juga memberi kita peluang untuk berserah dan bergantung sepenuhnya kepada Allah yang Maha Segala-galanya. Walau apapun keadaan yang menimpa kita, Allah tempat pergantungan.

Perasaan inilah yang menimbulkan harapan untuk merubah keadaan kita sekarang dan harapan inilah yang diperlukan oleh manusia untuk meneruskan serta mencorak kehidupan. 

Di samping itu, Ramadan melalui ibadah puasa sewajarnya memberi keinsafan yang mentarbiah dan mengajar kita erti kesederhanaan, berjimat cermat dan tidak membazir, serta melahirkan rasa prihatin sekali gus membantu golongan yang benar-benar kesusahan dan amat memerlukan.

Di peringkat individu, Ramadan menjentik rasa keinsafan untuk memperbaiki diri (islah) dengan memperbanyakkan amal ibadah dan menjana perubahan diri ke arah yang lebih baik dan menjadi insan yang bertakwa. 

Di peringkat keluarga, Ramadan membuahkan rasa kebersamaan dalam melaksanakan pelbagai ibadah seperti sahur, iftar, solat berjamaah, tadarus dan qiamullail serta amal-amal yang lain bersama-sama. Ini dapat membumikan perasaan takwa dalam keluarga.

Di peringkat masyarakat, Ramadan lazimnya membangkitkan rasa prihatin kepada golongan yang memerlukan seperti fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal dan orang kurang upaya. Ini dapat menyemarakkan lagi pembangunan masyarakat melalui instrumen seperti infak, sedekah dan wakaf. 

Di peringkat kerajaan, Ramadan menyemarakkan lagi pelbagai aktiviti Islami, di samping sikap konsisten menyantuni rakyat melalui pelbagai inisiatif bantuan dan kemudahan.

Malah, kerajaan bukan sekadar membantu rakyat yang memerlukan tetapi membangunkan ekonomi, pendidikan, jaringan keselamatan sosial agar rakyat dapat hidup dengan selesa, sejahtera dan tidak terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi. 

Di peringkat NGO contohnya, Pertubuhan IKRAM Malaysia sedang menganjurkan kempen bertemakan ‘Ramadan, Aku Kembali’ bagi menyeru masyarakat Muslim agar kembali kepada fitrah yang menyucikan jiwa melalui pelbagai program dakwah, tarbiah dan aktiviti kebajikan sempena Ramadan di seluruh negara.

Tema ‘Ramadan, Aku Kembali’ dipilih kerana ia adalah bulan yang amat istimewa dan anugerah daripada Allah SWT yang perlu direbut peluang pengampunan dosa-dosa dan meraih ganjaran pahala yang berlipat ganda.

Kesan daripada amal-amal soleh yang dilakukan pada bulan ini, seseorang Muslim bukan saja bersih dan suci daripada dosa-dosa, bahkan pahalanya pula bertambah banyak, satu bonus dan tanda rahmah Allah SWT kepada hamba-Nya.

Di media sosial, kempen ini menyajikan tazkirah Ramadan ringkas setiap hari, poster harian, artikel mingguan serta kit Ramadan termasuk ‘lantern’ tugasan Ramadan khusus untuk kanak-kanak yang boleh dimuat turun.

IKRAM juga menyediakan pelbagai aktiviti di peringkat kawasan antaranya program bantuan asnaf, aktiviti kanak-kanak, majlis iftar dan kempen iktikaf untuk menghidupkan sepuluh malam akhir Ramadan di masjid-masjid terpilih.

Hakikatnya, pelbagai cara boleh dilaksanakan untuk menghidupkan roh Ramadan agar kita kembali kepada fitrah yang suci, iaitu mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah SWT dan membesarkan-Nya dalam setiap keadaan.

Apa yang penting, output daripada segala ibadah pada bulan Ramadan ialah ia mampu menghasilkan insan bertakwa, yang benar-benar mentaati suruhan Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya.

Dengan ketakwaan itu, sudah pasti mudahlah bagi Allah SWT untuk menurunkan ketenangan kepada para hamba-Nya, sekali gus membantu manusia mencari jalan keluar daripada segala kesempitan dan masalah yang melanda mereka.

“Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya).” (At-Talaq: 2)

Kembalilah kepada fitrah yang suci.
Kembalilah miliki jiwa rabbani.
Kembalilah peroleh reda Ilahi.

Ayuh ikuti kempen Ramadan IKRAM di pautan https://linktr.ee/ikrammalaysia

“Ramadan, Aku Kembali, Mendamba Reda Ilahi.”

Hj Badlishah Sham Baharin
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia