Platform ukhuwah, perkongsian idea asatizah IKRAM

Himpunan Asatizah IKRAM anjuran Jawatankuasa Ulama IKRAM yang dulunya dikenali sebagai Multaqa Ulama Pelapis IKRAM berjaya menghimpunkan para asatizah pelbagai peringkat umur untuk bersama-sama berbincang dan berkongsi idea.

Menurut Pengarah Program, Muhamad Syahir Nujaba’ Ahmad, objektif himpunan ini adalah untuk membina ukhwah dalam kalangan individu yang berlatarbelakangkan ilmu syariah sekaligus memberi ruang untuk bertukar pendapat.

Program ini yang merupakan aktiviti wajib bagi setiap tahun, turut dijadikan platform untuk merekrut seramai mungkin tenaga dan bakat-bakat baru untuk dimobilisasikan seterusnya menggerakkan propaganda syariah IKRAM kepada masyarakat awam.

“Ia telah diadakan sejak tahun 2014 hingga tahun ini mengikut tema yang berbeza.”

“Siri pertama lebih kepada ukhuwah, siri kedua tentang bagaimana asatizah muda mahu mempersiapkan diri. Pada siri kali ini topik-topik dibincangkan mengikut bidang-bidang yang telah asatizah muda IKRAM bawa ke dalam masyarakat”, katanya.

Antara topik-topik yang dibincangkan dalam forum tersebut adalah ‘Peranan Asatizah Dalam Masyarakat’ dan ‘Di Mana Asatizah Muda IKRAM?’

Forum ‘Peranan Asatizah Dalam Masyarakat’ menampilkan panelis Dr. Mohd. Shaarani Mohd. Naim, Dr. Alizi Alias dan Dr. Surur Shahbudin sementara forum ‘Di Mana Asatizah Muda IKRAM?’ pula menampilkan panelis Ustaz Safwan, Muallim Fadhli dan Ustazah Asma’ Amatullah.

Tambah Syahir lagi, peserta yang hadir terdiri daripada mereka yang bakal memulakan pengajian di peringkat sarjana muda sehinggalah mereka yang telah menamatkan pengajian di peringkat doktor falsafah serta berada dalam lapangan masyarakat, dari dalam dan luar negara.

Walau bagaimanapun, beliau menyatakan bahawa penganjuran himpunan ini akan ditambah baik pada masa akan datang.

“Untuk tahun akan datang, ia akan diperkemaskan lagi dengan melibatkan interaksi dua hala seperti dewan perbahasan dan sebagainya.”

Himpunan dirasmikan oleh Presiden IKRAM, Dr. Hj. Mohd. Parid Sheikh Ahmad. Turut hadir Naib Presiden IKRAM, Ustaz Hj. Burhanuddin Lukman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Ulama IKRAM.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia