Pertandingan Dron: IKRAM MUSLEH Rakan Kolaborasi DEC4IR 2.0

ISKANDAR PUTERI – Majlis Perasmian dan Pra Pelancaran Drone Edu Challenge Tahun 2022 (DEC4IR 2.0) telah disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Sri Dr Adham Baba pada 25 Jun lalu di tapak pengujian dron DRZ Iskandar, di sini.

“Penganjuran berkenaan bertujuan untuk memberi pelajar pendedahan terhadap teknologi dron, robotik dan pengaturcaraan yang mampu memberi impak kepada lebih 100,000 peserta,” kata Dr Adham.

Beliau turut berharap agar program seperti ini dapat melahirkan ramai inovator muda yang berkebolehan, bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2030.

DEC4IR 2.0 adalah pertandingan dron anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Kelab Remaja Udara Malaysia (KRUM), MRANTI, Iskandar Innovation Hub, Kementerian Pendidikan Malaysia, IRAM MUSLEH dan banyak lagi. 

IKRAM MUSLEH melalui Sektor Kokurikulum yang diwakili oleh Pengerusinya, Mejar KRSM Abd Rahaim Md Isa turut hadir dalam majlis perasmian berkenaan sebagai salah satu rakan kolaborasi dalam DEC4IR 2.0.

“Pihak KPM akan membawa memorandum jemaah menteri berkaitan silibus pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam masa terdekat kepada Kabinet sebagai usaha memastikan STEM ini dapat ditingkatkan penyertaan, bakat, minat dan seterusnya pengendaliannya.”

Beliau berkata, antara aktiviti menarik yang menanti para peserta DEC4IR 2.0 kali ini ialah Drone Coding, Drone Modelling, Drone Simulator, Industrial Engagement, kuiz dalam talian dan e-learning.

Pertandingan yang dijalankan sepenuhnya secara dalam talian bermula Jun hingga November depan itu mensasarkan penyertaan 5,000 pelajar sekolah seluruh negara.

Pendaftaran telah mula dibuka pada 12 Jun lalu,seterusnya tarikh tutup pendaftaran adalah pada 13 Julai dan pendaftaran penyertaan adalah percuma dan perlu dibuat dalam sistem e-learning.

Penyertaan adalah secara berkumpulan yang terdiri daripada seorang guru dan dua pelajar sahaja setiap kumpulan, seterusnya para peserta akan melalui sesi saringan awal sebelum mara ke pusingan akhir.

Manakala lima kumpulan sekolah menengah dan sepuluh kumpulan sekolah rendah terbaik akan mara ke peringkat kebangsaan.

Pendaftaran boleh dibuat di laman web https://dec4ir.com/ manakala info lanjut pertandingan boleh dilayari di laman facebook  DEC4IR 2.0.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia