Perpaduan Kaum Di Malaysia: Kepelbagaian Itu Kekuatan

Perpaduan Kaum Di Malaysia: Kepelbagaian Itu Kekuatan | IKRAM

‘Serumpun bak serai, sesusun bak sirih,” begitulah perumpamaan yang boleh digambarkan oleh rakyat Malaysia yang mengamalkan perpaduan, dinikmati masyarakat majmuk dalam negara yang aman dan makmur. 

“Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia perlu dijadikan peristiwa untuk memperbaharui semangat perpaduan dan kebersamaan. Kita maklum bahawa kepelbagaian yang kita ada di Malaysia ini mempunyai sejarah yang panjang dan unik.”

Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Hj Badlishah Sham Baharin berkata demikian ketika memulakan ucapan perasmiannya sempena majlis pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan (SBK 2022) bermula 1 Ogos hingga 16 September 2022.

Kemerdekaan Malaysia tercapai hasil permuafakatan pemimpin politik dan tokoh masyarakat pelbagai kaum. Ia adalah satu kisah perjuangan dan pengorbanan yang panjang diiringi dengan air mata juga darah.

Masyarakat harus mempelajari, memahami dan mengambil teladan daripada peristiwa sejarah yang pernah dilalui oleh Malaysia agar perpaduan serta keharmonian antara kaum yang dirasai sekarang dapat terus dipupuk, dinikmati.

Tentunya, kegagalan atau kejahilan memahami sejarah menyebabkan sesebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik mudah terjerumus dalam kancah persengketaan yang merugikan.

Nilai Skor Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) 2018 telah mengukur tahap perpaduan di Malaysia adalah sebanyak 0.567 daripada 1.0  di mana nilai ini menunjukkan tanda aras kedudukan perpaduan yang baik.

IPNas di bawah Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah dibangunkan bagi memantau tahap perpaduan dan keharmonian negara yang  menggambarkan keadaan hubungan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia.

SBK 2022 IKRAM yang bertemakan ‘Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama’ seharusnya diangkat bersama oleh masyarakat Malaysia yang berbilang etnik, meliputi kepelbagaian budaya, agama, bangsa dan adat resam. 

Perbezaan ini telah menyaksikan pelbagai kisah indah di celah-celah liku kehidupan masyarakat, lantas merakamkan pelbagai detik manis perpaduan yang boleh dibanggakan.

Ia terbukti sewaktu masyarakat berganding bahu apabila negara menghadapi cabaran yang tidak putus-putus, terutamanya ketika wabak COVID-19, banjir dan kegetiran ekonomi.

Kebersamaan Dalam Kepelbagaian

Meraih kekuatan dalam kepelbagaian boleh direalisasikan sekiranya masyarakat bersifat inklusif dan bekerjasama merentasi sempadan identiti.

Sebagaimana menurut Badlishah, terdapat satu kajian di Barat mendapati,  ‘Diversity offers innovation and problem solving by pushing everyone to look at different perspectives.’  

(Kepelbagaian menawarkan inovasi dan penyelesaian masalah dengan mendorong setiap orang untuk melihat dari perspektif berbeza).

Benar bukan? Manusia harus menjadi kreatif dan beradaptasi dengan perubahan bagi menguruskan perbezaan dengan teliti serta bijak.

Walau seringkali perbezaan menjadi punca perbalahan namun kenyataannya, ini adalah antara asas terpenting yang perlu dijaga dalam memelihara keharmonian perpaduan.

Sekiranya perbezaan dalam kepelbagaian dapat diatur, maka kita akan menuai hasil yang menguntungkan dalam konteks pembinaan masyarakat dan pembangunan negara.

Kepelbagaian yang ada adalah tanda kebesaran Maha Pencipta, dan Allah telah menyebut hikmahnya sepertimana firman-Nya dalam Surah al-Hujurat ayat 13:

“Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.”

“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Justeru itu, kepelbagaian yang tentunya membawa kepada perbezaan harus diimani sebagai satu kekuatan yang patut direbut manfaatnya. 

Tepis jauh-jauh pemikiran bersifat berpuak-puak atau ringkasnya, jauhkan kecenderungan terhadap apa yang serupa dan biasa itu demi menjaga keharmonian.

Jika rakyat Malaysia meraikan kepelbagaian, mencari titik persamaan, merapatkan jurang perbezaan, negara ini mampu menjadi terkehadapan dalam pelbagai arena. Adakah ia sekadar impian atau mampu direalisasikan?

Sejarah pernah membuktikan penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah berjaya mengubah lanskap agama dan politik apabila termeterai Piagam Madinah sebagai asas perpaduan etnik.

Perpaduan Islam Bukan Ancaman

IKRAM amat mementingkan persefahaman, kerjasama atau kesatuan dalam kalangan badan-badan Islam, namun perpaduan dalam kalangan orang Islam bukanlah untuk menakutkan mereka yang bukan Islam.

Sebenarnya ia adalah supaya kita dapat bersama berpadu tenaga, berganding bahu, berganding pemikiran dan kekuatan untuk sama-sama memajukan Malaysia.

Ini sejajar dengan naratif Islam yang membawa kepada keadilan, kebebasan, kejujuran, yang membawa kepada ciri yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW iaitu as-Siddiq dan al-Amanah, bercakap benar dan menjaga amanah.

Justeru, IKRAM berusaha menjadi rakan kongsi strategik dalam pembinaan negara melalui kerjasama dengan mana-mana badan tidak kira Islam atau bukan Islam dalam memperjuangkan kepentingan bersama, selagi ia masih sejajar dalam landasan Islam. 

Pokoknya, masyarakat semua harus menghayati erti kata perpaduan dan percaya dengan kekuatan yang ia bawa bersamanya. Asas pembentukan masyarakat madani yang bebas serta adil adalah melalui perpaduan nasional kerana ini sangat diperlukan dalam menegakkan hak asasi manusia. 

Kepelbagaian Itu Kelebihan

Realitinya, rakyat Malaysia telah pun membuktikan keutuhan perpaduan nasional dalam mendepani cabaran negara.

Secara analoginya, jika masyarakat boleh sama-sama boleh bersengkang mata, menunggu Dato’ Lee Chong Wei beraksi dalam perlawanan badmintonnya dan sama-sama bersorak gembira meraikan kemenangannya, kita juga boleh bersama-sama bersatu hati bergabung tenaga melalui kepelbagaian yang ada, menongkah cabaran membina negara.

Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua. Jangan biarkan ‘kuman perpecahan’ meruntuhkan kesepaduan yang telah dibina selama ini. Sebaliknya, suburkan dan perkukuhkanlah ia dengan persefahaman dan kerjasama kerana itulah kuncinya!

Boleh jadi, satu usaha kecil mampu memberikan impak yang besar kepada negara. Mulakan dengan diri kita sendiri agar menjadi contoh ikutan baik terutamanya kepada generasi yang masih sedang membesar dan mengenali kehidupan.

Sepertimana dalam institusi kekeluargaan, ibu bapa adalah tauladan bagi anak-anak mereka, sama ada baik atau buruk.

Manakala dalam masyarakat pula, tokoh masyarakat dan pemimpin politik sangat berpengaruh menjadi ejen penggerak yang menghubung atau merenggangkan ikatan perpaduan kaum. Bertindak dengan sewenang-wenangnya boleh menjejaskan mahupun menggagalkan kesatuan.

Ingatlah, kepelbagaian itu adalah kelebihan dan kekuatan. Marilah sama-sama hayati, “Walau kita berbeza, tetap teguh bersama.”

Basmin Maarof
Pegawai Jabatan Komunikasi Strategik dan Multimedia
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia