Perang Palestin-Israel: Hampir 1,000 kematian di Gaza

Perang Palestin-Israel: Hampir 1,000 kematian di Gaza | IKRAM

GAZA – Kementerian Kesihatan Palestin hari ini memaklumkan angka kematian di Gaza meningkat hampir 1,000 dalam serangan yang memasuki hari keempat.

Memetik laporan CNN, kementerian itu berkata, kira-kira 950 orang terbunuh, manakala 5,000 lagi cedera dalam serangan ke atas Gaza.

Sementara itu, Angkatan Pertahanan Israel berkata, sekurang-kurangnya 1,200 orang maut di Israel sejak Sabtu lalu.

Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant pada Isnin mengarahkan ‘sekatan sepenuhnya’ ke atas Gaza, dan akan menghentikan bekalan elektrik, makanan, air serta bahan api ke kawasan itu.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres semalam turut berkata, beliau ‘sangat tertekan’ dengan pengumuman Israel mengenai pengepungan sepenuhnya ke atas Gaza.

Dalam pada itu, lebih 263,000 orang dilapor kehilangan tempat tinggal di Gaza susulan serangan udara berterusan oleh Israel, dengan jumlah itu dijangka terus meningkat.

Statistik terbaharu itu didedahkan oleh Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) pada awal Rabu.

Memetik CNN, OCHA memaklumkan, daripada jumlah keseluruhan yang dipindah, sekurang-kurangnya 175,486 orang mencari perlindungan di sekolah milik Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA).

Perpindahan baharu itu menambah kepada kira-kira 3,000 penduduk Palestin yang dipindahkan sebelum ini.

“Serangan udara Israel telah menyasarkan pemasangan telekomunikasi, memusnahkan dua daripada tiga talian utama untuk komunikasi mudah alih yang telah mengganggu perkhidmatan mudah alih dan internet,” kata OCHA seperti dilapor media antarabangsa itu.

Agensi itu menambah, pertambahan angka tersebut meningkatkan beban kes bagi organisasi kemanusiaan untuk memenuhi keperluan asas mereka yang terjejas seperti tempat tidur, makanan, serta kemudahan sanitasi.

OCHA berkata, keperluan asas seperti akses kepada air turut menjadi cabaran akibat kerosakan dan pengurangan bekalan kuasa kepada infrastruktur kumbahan.

Sumber: Awani

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia