Peranan Kejiranan Membina Masyarakat Sejahtera

Tragedi atau malapetaka yang terjadi dalam masyarakat sering kali mengundang reaksi yang pelbagai, adakalanya membangkitkan persoalan tentang bagaimanakah kejadian itu boleh melarat sehingga sedemikian rupa.

Hakikatnya, pihak berkuasa bukanlah satu-satunya pihak yang bertanggungjawab terhadap kebinasaan yang berlaku dalam masyarakat.

Hidup berkelompok atau bermasyarakat menuntut setiap ahli komuniti untuk saling bertoleransi dan lengkap-melengkapi demi mencapai kesejahteraan hidup. Jiran tetangga adalah orang yang paling dekat jaraknya dengan rumah seseorang.

Namun, walaupun berkongsi dinding rumah, ini tidak menjamin jiran sebelah-menyebelah saling mengenali terutamanya mereka yang tinggal di kota.

Kesibukan hidup di bandar menyebabkan para jiran jarang dapat bertegur sapa untuk saling mengenali. Berlainan dengan kehidupan masyarakat desa atau kampung, kebiasaannya penduduk saling mengenali sehingga ke latar belakang keluarga masing-masing walaupun rumah dipisahkan dalam beberapa jarak.

Walau bagaimanapun, sekiranya rukun tetangga atau persatuan penduduk dapat berperanan dengan baik melalui sokongan ahli setempat dalam memastikan keamanan, keselamatan dan kebajikan penduduk, banyak isu masyarakat dapat diselesaikan.

Jenayah seperti keganasan rumah tangga dan penderaan kanak-kanak juga dapat ditegah atau diuruskan dengan lebih cepat. Malah, komuniti kejiranan yang terjaga dapat menjadi ejen perubahan dalam masyarakat seterusnya menjadi pemacu kesejahteraan dan kemajuan negara.

Kisah Sheila Rahman Natarajan yang pernah tular membuktikan sebuah komuniti yang berfungsi berupaya memberikan impak yang besar pada kesejahteraan kehidupan individu dan masyarakat sekitar.

Beliau bersama kejiranannya menyantuni sebuah keluarga yang mempunyai lima orang anak tanpa kad pengenalan sehingga anak-anak ini berjaya disekolahkan.

Bukan itu sahaja, rumah Sheila menjadi kelas bagi adik-beradik tersebut sewaktu tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP). Sokongan jiran-jiran lain yang turut bekerjasama menguruskan hal-ehwal keluarga ini melengkapi usaha mulia tersebut. Masa depan anak-anak ini yang mungkin suatu ketika dahulu nampak kelam berubah hasil muafakat jiran-jiran.

Perkara sebegini dapat direalisasikan apabila kasih sayang melangkaui petak rumah keluarga sendiri. Ramai orang perlukan pertolongan sehingga tersepit kesusahan dan adakalanya hilang panduan kehidupan untuk mengubah nasib yang menimpa.

Justeru, penting bagi ahli masyarakat lain memposisikan diri menjadi suara atau saluran bagi memungkinkan mereka mengubah tahap kehidupan menjadi lebih baik. Sepertimana kata pepatah Melayu yang menyebut, “Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.”

Ia semudah dengan menjadikan diri sendiri menjadi sebahagian daripada solusi masyarakat. Setiap daripada kita adalah ahli masyarakat yang ada tanggungjawab walaupun dalam sekecil-kecil peranan. Sekiranya tidak mampu menyumbang, cukup sekadar tidak membuat kekacuan atau onar yang mengganggu ketenteraman jiran.

Islam memandang berat dalam hal memelihara keharmonian sehingga Allah memberikan amaran terhadap orang-orang yang menyakiti jiran-jiran. Rasulullah SAW pernah memberikan ancaman kepada orang yang menyebabkan kegelisahan pada jiran lain melalui hadis daripada Abu Hurairah RA dalam sabdanya:

“Tidak akan masuk syurga, orang yang membuat jirannya tidak merasa aman daripada gangguannya.” (Riwayat Muslim)

Allah SWT turut menuntut hamba-Nya berbuat baik kepada jirannya dan menekankan kepentingan memelihara hubungan baik dengan jiran. Ini disampaikan melalui firman-Nya dalam surah An-Nisaa’ ayat 36:

“Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua. Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.”

Kejiranan yang peka, prihatin dan proaktif merupakan tonggak negara bagi memelihara kesejahteraan dan keharmonian dalam masyarakat.

Setiap unit dalam komuniti memainkan fungsi berbeza untuk saling melengkapi dalam mencapai objektifnya. Misalnya, objektif aktiviti surau berbeza dengan aktiviti oranisasi taman. Peranan lorong-lorong di taman pula bersifat lebih khusus daripada peranan persatuan taman.

Dalam setiap usaha, pentingnya ada kemuafakatan, persefahaman dan tolak ansur apabila hidup berjiran. Apabila komuniti kejiranan dapat dihidupkan dengan nilai-nilai mulia ini, impak yang baik dapat dirasai oleh seluruh masyakarat disekitarnya.

Orang-orang baik perlu bersatu dalam mengumpul kekuatan bagi menegakkan kebaikan dan memerangi kemungkaran serta kejahatan. Tiada sesiapa yang inginkan kejahatan mengetuk pintu rumah mereka.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia