Pendidikan yang hilang di pandangan

Sepertinya pandemik ini tiada penghujungnya sehingga vaksin berjaya digunakan. Norma baharu yang diterapkan kini adalah norma biasa. Memakai pelitup muka, menjaga jarak sekurang-kurangnya 1 meter dan sentiasa mencuci tangan merupakan langkah-langkah pencegahan yang perlu sentiasa diamalkan oleh semua, kini sudah menjadi langkah normal yang perlu diikuti.

 

Baru-baru ini, Menteri Kanan Pertahanan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di seluruh negeri kecuali Sarawak. Hal ini telah memberi kesan yang besar terhadap pelbagai sektor, terutamanya sektor pendidikan.

 

Pada awal Januari yang lalu, YAB Perdana Menteri mengumumkan bahawa sekolah akan beroperasi pada 20 Januari 2021 seperti yang tertera dalam takwim yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 8 November 2020.

 

Namun begitu, perancangan ini berubah apabila pada 11 Januari 2021 yang lalu,, KPM melalui sebuah kenyataan media mengumumkan bahawa sekolah hanya dibuka buat pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan besar, seperti pelajar tingkatan 5 (2020) yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2021.

 

Manakala, murid-murid yang tidak menduduki peperiksaan besar perlu mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

 

Keputusan yang berubah pada minit akhir telah menyukarkan ramai pihak terutama ibu bapa yang bekerja. Mereka perlu memastikan anak mereka mendapat akses pembelajaran dalam talian semasa waktu persekolahan berlangsung dan dalam masa yang sama mereka harus bekerja.

 

Ibu bapa juga perlu menguruskan penempatan anak-anak ketika bekerja kerana mereka tidak boleh sewenangnya membawa anak-anak ke tempat kerja, lebih-lebih lagi dengan undang-undang PKP yang hanya membenarkan dua orang dalam satu kereta.

 

Bagi mengekang wabak Covid-19 daripada terus merebak dan melanda, arahan yang diberikan tetap diterima dengan baik oleh ramai. Namun begitu, alangkah lebih baik lagi jika pihak KPM dapat menyediakan satu prosedur operasi standard (SOP) yang selaras dalam menjayakan PdPR.

 

Perkara sebegini akan memudahkan urusan warga pendidik dan tidak terkapai-kapai dalam menentukan tatacara PdPR buat pelajar, bukan sekadar membuat pemakluman PdPR perlu dilaksanakan tanpa sebarang penjelasan ibarat melepaskan batuk di tepi tangga.

 

Berapa lama lagi masa yang diperlukan pihak KPM untuk membentangkan tatacara PdPR yang sesuai dijalankan buat guru-guru dan murid-murid sekolah? Adakah cukup hanya dengan memperkenalkan TV Pendidikan?

 

Setahun sudah berlalu, alasan ‘masih dalam kajian’ dan ‘akan dipertimbangkan’ sudah lapuk dan tidak boleh diguna pakai. Seharusnya, pihak Kementerian bergerak lebih progresif dalam menangani masalah pendidikan yang dihadapi semasa musim pandemik ini.

 

Pihak Kementerian juga perlu berfikir jauh, dengan kes Covid-19 yang masih belum surut, kebarangkalian PdPR perlu berlangsung sehingga hujung 2021 juga tinggi.

 

Adakah pihak Kementerian akan terus menjalankan tanggungjawab hanya dengan memaklumkan dalam siaran langsung bahawa PdPR perlu diteruskan? Jika begitu, maka malanglah nasib anak-anak ini kerana hak mereka mendapat pendidikan yang efektif terbantut.

 

Bagaimana dengan nasib anak-anak yang mengalami masalah untuk akses kelas dalam talian? Anak-anak juga ada yang tidak mempunyai peranti yang cukup untuk menjalankan kelas dalam talian, yang tercicir daripada pendidikan kerana masalah ekonomi yang dihadapi oleh keluarga mereka serta yang kekurangan peralatan persekolahan seperti buku-buku dan alat tulis.

 

Bagaimanakah nasib anak-anak ini? Ini yang sepatutnya perlu diusahakan dan diambil perhatian oleh Kementerian bagi memastikan tiada anak-anak yang tercicir dalam pendidikan.

 

Percayalah bahawa satu detik nanti, anak-anak sekolah ini akan mentadbir negara. Namun, jika mereka gagal mendapat pendidikan yang selayaknya, pembangunan negara juga akan terbantut.

 

Semestinya perkara ini perlu dielakkan. Justeru itu, pihak Kementerian Pendidikan perlu mengambil tindakan segera bagi mengurangkan masalah anak-anak yang tercicir pendidikan.

 

Ajda Nuha binti Ahmad Daniel merupakan seorang pendidik yang gusar dengan nasib dan masa depan anak-anak. Beliau juga merupakan aktivis SHIELD suatu badan pemikir yang memfokuskan perbincangan mengenai dasar dan polisi.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia