Pemergian Syeikh Abdul Majid al-Zindani: Takziah daripada IKRAM

Pemergian Syeikh Abdul Majid al-Zindani: Takziah daripada IKRAM

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menzahirkan rasa dukacita atas berita pemergian seorang ulama dunia Islam dan pengasas Universiti Iman, Yaman, Prof Dr Syeikh Abdul Majid Aziz al-Zindani, 82, di Istanbul, Turkiye pada Isnin, 22 April lalu.

IKRAM mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga beliau atas kehilangan besar sebutir permata dunia Islam.
Syeikh al-Zindani banyak menyumbang dalam bidang keilmuan terutamanya dari aspek pembuktian sains melalui perspektif al-Quran dan Sunnah, malah direkodkan sebagai salah seorang daripada 500 individu Muslim yang paling berpengaruh di dunia.

Antara buku popular beliau yang diterjemah ke bahasa Melayu ialah ‘Kitab Tauhid: Diperakui Oleh Fakta Sains,’ yang menjadi salah sebuah buku rujukan dalam sistem tarbiah IKRAM.

Beliau juga pernah mengasaskan Suruhanjaya Tanda Saintifik dalam al-Quran dan Sunnah yang berpusat di Arab Saudi.

Selain bidang keilmuan, beliau turut aktif dalam politik Yaman dan merupakan salah seorang pengasas sebuah parti Islam berpengaruh, Parti al-Islah, yang ditubuhkan pada 1990.

Dengan segala sumbangan besar Syeikh al-Zindani kepada ummah, seluruh warga IKRAM mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan digolongkan dalam kalangan syuhada, amilin dan solihin, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia