Pastor Koh: Hentikan Spekulasi, Beri Ruang Kepada PDRM Bertindak Secara Profesional

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengikuti dengan penuh prihatin kes penculikan Pastor Raymond Koh yang telah didapati hilang sejak 13 Februari 2017. Pastor Koh didapati hilang semasa sedang memandu di sebuah kawasan perumahan di Petaling Jaya.

Detik kehilangan Pastor Koh dikatakan dapat dilihat melalui video sedutan televisyen litar tertutup (CCTV) yang sekarang telah menjadi tular yang dilakukan secara terang-terangan dan seperti terancang.

Sehingga kini, Pastor Koh telah hilang selama tiga minggu. Sehingga saat ini, masih belum jelas punca kehilangan Pastor Koh dan siapa pihak yang bertanggungjawab melakukannya.

IKRAM melahirkan rasa simpati kepada keluarga Pastor Koh dan mengharapkan semoga Pastor Koh akan ditemui dengan selamat. Beberapa orang pimpinan dan aktivis IKRAM telah turut serta dalam perhimpunan aman di beberapa tempat bagi menyatakan simpati atas kehilangan Pastor Koh ini yang diadakan baru-baru ini.

IKRAM mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam ke atas pastor ini walau atas apa alasan sekalipun. Islam tidak menghalalkan tindakan yang tidak berperikemanusiaan ini. Jika mana-mana pihak melakukan kesalahan menurut undang-undang negara, ruang penyelesaian adalah melalui mahkamah. Tiada pihak yang harus bertindak secara bersendirian.

Justeru itu juga, IKRAM menyeru agar semua pihak menghentikan sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada pihak PDRM bertindak secara profesional. IKRAM percaya pihak PDRM yang punyai pengalaman luas mengendalikan kes yang seperti ini akan mengambil tindakan yang cekap, profesional dan telus.

IKRAM menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menolak sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme.

Katakan tidak kepada ekstremisme dan keganasan.

Malaysia menjadi Negara Rahmah.

Ustaz Dr. Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia