Negara Islam yang tidak Islamik?

Hedonisme, masalah sosial, budaya hidup bebas, hiburan melampau dan segala yang bercanggah dengan norma kehidupan, kita akan mengatakan bahawa puncanya dari barat. Benarkah?

 

Indeks Islamicity terbahagi kepada lima iaitu Indeks Ekonomi, Indeks Undang-Undang dan Tadbir Urus, Indeks Hak Asasi Manusia dan Politik, Indeks Hubungan Antarabangsa dan Indeks Keseluruhan.

 

Bagi Indeks Keseluruhan, New Zealand terus menjadi negara yang menjuarai carta indeks tiga tahun berturut-turut (2016-2018) dengan 9.20 mata daripada 10. Walaupun hanya menduduki tangga kedua bagi Ekonomi, keempat bagi Undang-Undang dan Tadbir Urus, kelima bagi Hak Asasi Manusia, dan ketujuh bagi Hubungan Antarabangsa, secara purata sudah cukup untuk New Zealand meninggalkan tempat kedua, Sweden dengan 0.22 mata.

 

Dalam indeks keseluruhan terbaru tahun 2018, Malaysia berada di kedudukan ke-47 dengan 6.02 mata. Bagi kategori negara Asia, Malaysia di kedudukan keenam. Manakala bagi negara Islam pula, Malaysia di kedudukan ketiga, hanya di belakang UAE dan Albania yang berada di kedudukan ke-45 dan 46.

 

Walaupun kelihatannya kedudukan Malaysia kelihatan agak baik kerana kita berada di tangga 50 teratas, markah Malaysia sebenarnya menurun sejak tahun 2016 yang mana Malaysia skor 6.40 dan berada di kedudukan ke-41. Ini juga meletakkan Malaysia di tangga teratas antara semua negara Islam. Daripada data ini, boleh dikatakan tahap keislaman negara kita telah menurun sejak tahun 2016 walaupun terdapat sedikit peningkatan dari tahun 2015 ke 2016.

 

Secara keseluruhan, indeks ini menunjukkan negara-negara Islam hampir kesemuanya hanya melabel diri mereka sebagai ‘Islam’ tetapi tidak mengikut ajaran yang disarankan dalam al-Quran dan hadis.

 

Prinsip-prinsip Islam yang utama seperti keadilan, pembangunan lestari, pengurusan kekayaan, pekerjaan, ekonomi Islam dan kewangan Islam lebih dapat dilihat di negara-negara bukan Islam berbanding negara yang melabel diri mereka sebagai Islam.

 

Islam itu ad-Din. Islam adalah peraturan hidup (way of life), peraturan yang bersifat intergral dan mengatur hidup dan kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak mulia yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW untuk seluruh umat manusia.

 

Peraturan hidup ini terkandung dalam al-Quran, kitab yang nyata dan telah dihayati oleh pesuruh-Nya iaitu dalam kehidupan baginda Rasulullah SAW, yang menjadi teladan yang baik bagi seluruh manusia. Manusia tidak akan sesat selagi berpegang kepada kedua-dua peninggalan ini seperti mana sabda Rasulullah SAW sendiri yang bermaksud :

 

“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya, iaitu al-Quran dan sunnah Rasul.” (HR Bukhari)

 

Tuntasnya, Islam sebagai ad-Din merupakan manhaj kehidupan yang menyeluruh sifatnya. Maka menjadi kewajipan kepada manusia untuk memberikan pengisian yang berkualiti, bersungguh-sungguh dengan penuh kesedaran agar tamadun manusia dapat ditegak atas dasarnya yang kukuh dan mendapat keredaan daripada Allah SWT. Dengan yang demikian, kita dapat meletakkan diri, masyarakat dan negara sebagai benar-benar Islamik.

 

Abd Aziz bin Ishak (ABI)
Pesara (Pensyarah)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia