Dua anggota tersebut ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Prof Madya Dr Mohamed Ikram Mohamed Salleh dan Pegawai Projek Khas, Saudara Abdul Hafidz Hashim. Misi ini akan disusuli dua misi seterusnya pada 9 Mei 2015 dan 16 Mei 2015 dengan objektif yang berbeza.
Anggota misi selamat sampai ke lapangan terbang Kathmandu pada pukul 1.30 pagi tadi (waktu Malaysia). Penerbangan terlebih dahulu singgah di Dhaka, Bangladesh bagi menunggu giliran untuk mendarat di Kathmandu.
Di Nepal, MyCARE akan menyertai rakan-rakan NGO daripada SEAHUM (Souh East Asia Humanitarian Committee) yang sedang menjalankan kerja-kerja kemanusiaan di sana.
Gempa bumi yang melanda Nepal pada 25 April lalu telah mengakibatkan korban telah mencecah angka 7,675 orang sehingga semalam (hari ke-12) termasuk 16,392 orang mengalami kecederaan dan kemusnahan 255,954 buah rumah.
Maklumat lanjut di FB: https://www.facebook.com/mycarehq