Menteri gagal kuarantin calar imej pemimpin berwibawa dan berintegriti

Kegagalan seorang yang bergelar YB Menteri mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 setelah pulang dari Turki pada 7 Julai 2020 tanpa sebarang kuarantin wajib, boleh mencalarkan imej dan menggagalkan usaha mewujudkan kepimpinan yang kompeten dan berintegriti.

 

Sebagai Menteri, beliau sepatutnya menjadi contoh teladan kepada masyarakat dalam mematuhi arahan kerajaan, khususnya dalam memerangi pandemik COVID-19 yang masih melanda negara, terutamanya apabila rakyat biasa didenda apabila tidak mengikut SOP.

 

Sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi, sudah berlaku beberapa pelanggaran SOP oleh golongan pemimpin bertaraf Exco, Menteri atau Timbalan Menteri. Pelanggaran tersebut dipandang ringan dan diselesaikan dengan hanya permohonan maaf atau denda RM1,000 sahaja, berbeza dengan tindakan tegas yang dikenakan terhadap rakyat biasa.

 

Sebagai contoh, seorang wanita di Ipoh dijatuhkan hukuman penjara sehari serta denda RM 8,000 selepas didapati tidak mematuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian ketika dikenakan perintah kuarantin di rumah.

 

Tindakan beliau (YB Menteri) merasmikan program Kursus Asas Pembangunan Usahawan Coklat di Duyong Marina Resort Terengganu pada 10 Julai 2020 jelas melanggar Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (no.7) 2020, yang menetapkan warga asing atau rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di Stesen Kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan.

 

Dilaporkan, sejak 10 Julai hingga 21 Julai YB Menteri berkenaan telah menghadiri sekitar 12 program dan mesyuarat termasuk hadir dalam Persidangan Parlimen Keempat Belas 2020.

 

Tindakan ini amat memalukan seluruhan Jemaah Menteri dan menghilangkan keyakinan rakyat terhadap integriti kepimpinan negara. Bukan sahaja beliau mengundang risiko jangkitan kepada orang lain, bahkan tindakan beliau turut mencabar undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dalam menangani COVID-19.

 

Beliau seharusnya mengikuti tindakan pemimpin yang telah mematuhi perintah kawalan COVID-19 seperti Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang telah menjalani kuarantin wajib setelah tujuh petugas istana dikesan positif pada 25 Mac 2020.

 

Manakala pada 22 Mei 2020, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari setelah salah seorang pegawai yang menghadiri mesyuarat pasca kabinet disahkan positif.

 

Demi menjaga integriti, beliau dan juga kepimpinan negara boleh mengambil contoh Menteri Kesihatan New Zealand, David Clark yang melanggar SOP yang ditetapkan kerajaan New Zealand dengan meletakkan jawatan kerana menurut beliau, tindakan untuk terus memegang jawatan akan mengganggu usaha kerajaan untuk menangani pandemik COVID-19.

 

IKRAM ingin mengingatkan bahawa kedaulatan undang-undang adalah teras keempat dalam Rukun Negara. Tiada warganegara yang boleh mengatasi undang-undang dan perlembagaan negara termasuk bukan warganegara.

 

Keadilan dalam melaksanakan hukum adalah asas kepada penegakan keadilan dalam Islam tanpa mengira status mahupun hubungan kekeluargaan. Apatah lagi sebagai seorang Islam, seharusnya Nabi Muhammad SAW menjadi rujukan bila mana baginda menegaskan dalam sebuah hadis yang bermaksud:

 

“..Demi Allah, seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya akan aku potong tangannya!” (HR Bukhari dan Muslim)

 

Walaupun YB Menteri tersebut telah didenda RM1,000 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kerana ingkar perintah kuarantin, namun ia perlu diambil peringatan serius agar insiden yang sama tidak berulang lagi dalam kalangan pemimpin yang sepatutnya menjadi contoh kepada orang ramai.

 

Datin Paduka Hjh Che Asmah Ibrahim

Naib Presiden
merangkap
Ketua Advokasi Kepimpinan Kompeten dan Berintegriti
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia