Mengapa Gaza Jadi Musuh Berterusan Israel?

Mengapa Gaza Jadi Musuh Berterusan Israel? | IKRAM

Serangan yang dilancarkan gerakan Hamas ke atas Israel menjadikan Gaza yang dikuasai gerakan itu kembali ke pusat konflik Palestin-Israel sekali lagi.

Ia juga menyingkap kembali sejarah panjang konflik antara Israel dan Hamas khususnya dan seluruh penduduk Palestin di Gaza amnya. Jadi ,apakah yang menjadikan Gaza sebagai masalah kekal bagi Israel?

Selepas Perang Dunia I, Gaza menjadi sebahagian daripada Palestin di bawah Mandat British pada tahun 1920.

Dan apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan rancangan untuk membahagikan tanah kepada dua negara Arab dan Yahudi pada tahun 1947, ia menambah wilayah itu ke negara Palestin yang dicadangkan, tetapi pasukan Mesir memasuki bandar itu pada tahun 1948.

Pada Februari 1949, Mesir dan Israel menandatangani gencatan senjata di mana Mesir mengekalkan bandar itu dan ia kekal di bawah pemerintahan Mesir sehingga perang 1967.

Manakala pada November 1965, Britain, Perancis dan Israel melancarkan serangan ke atas Mesir iaitu pencerobohan tiga pihak, atau dinamakan ‘Perang 1956’ seperti yang dikenali di Mesir dan negara-negara Arab.

Ia turut dikenali sebagai ‘Krisis Suez’ di Barat atau ‘Kempen Sinai’ di Israel. Yang mana seterusnya, tentera Israel menguasai Gaza serta sekitarnya. Namun, tekanan antarabangsa tidak lama kemudian memaksa Israel berundur.

Selepas Israel menduduki semula Gaza dalam Perang Enam Hari pada Jun 1967 (dikenali oleh Mesir dan negara-negara Arab sebagai ‘Naksa’), bandar itu kekal di bawah pentadbiran tentera Israel sehingga 1994, apabila pemindahan kuasa kerajaan secara beransur-ansur kepada Palestin bermula.

Hinggakan pada tahun 2005, Israel menyelesaikan pengundurannya dari Gaza dan menyerahkan kawalan kawasan itu kepada rakyat Palestin.

Tetapi Gaza sentiasa mewakili masalah dan beban kepada Israel. Rakyat Gaza tidak berhenti melakukan serangan terhadap Israel, dan tiada perjanjian antara Pihak Berkuasa Palestin dan Israel menghalang serangan ini daripada berlaku.

Tentunya sejak awal, Israel telah mencuba segala cara untuk menundukkan Gaza. Penyelesaian ketenteraan tidak membuahkan hasil, dan pengepungan sepenuhnya dan sekatan ekonomi tidak membantu Israel mengawalnya.

Hamas dan pertempuran yang berterusan

Barangkali, pembentukan gerakan Hamas pada 6 Disember 1987 adalah titik perubahan yang mengubah perjalanan peristiwa di Gaza. Pergerakan itu mengumumkan penubuhannya pada 15 Disember 1987, semasa Intifada Pertama yang tercetus dari 1987 hingga 1993.

Penduduk kota Gaza terlibat pada awal Intifada Palestin yang pertama. Kepimpinan nasional bersatu Intifada mengedarkan buletin mingguan di jalan-jalan Gaza dengan jadual mogok bertepatan dengan protes harian terhadap rondaan Israel di bandar itu.

Gaza sentiasa mempunyai keunikan bahawa kebanyakan pemimpin sejarah, sama ada dalam kerangka gerakan nasional atau bahkan gerakan Islam, dibentuk di kota itu, sebagaimana kata seorang pakar dalam gerakan Islam, Hassan Abu Haniyeh.

Semasa demonstrasi, tayar dibakar di jalanan, seterusnya orang ramai membaling batu serta koktel Molotov ke arah askar Israel.

Tentera Israel bertindak balas dengan gas pemedih mata dan peluru getah, hingga menutup sekolah di kota Gaza, seterusnya melakukan penangkapan, mengenakan perintah berkurung, serta melarang perjalanan, yang dianggap oleh rakyat Palestin sebagai hukuman kolektif.

Antara keamanan dan obsesi terhadap Gaza

Yitzhak Rabin berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan Israel dalam kerajaan gabungan Buruh-Likud dari 1984 hingga 1990, di mana beliau bertindak balas dengan tegas terhadap pemberontakan Palestin (Intifada Pertama).

Tetapi kegagalan dasar garis keras untuk menekan pemberontakan meyakinkan Rabin tentang keperluan berurusan secara politik dengan rakyat Palestin.

Apabila ia kembali untuk menyandang jawatan Perdana Menteri pada tahun 1992, Rabin membekukan pembinaan penempatan baru Israel di wilayah yang diduduki, dan kerajaannya menjalankan rundingan rahsia dengan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), yang memuncak dengan menandatangani Perjanjian Oslo pada September.

Dalam perjanjian itu, Israel mengiktiraf PLO yang bersetuju untuk secara beransur-ansur melaksanakan pemerintahan sendiri terhad rakyat Palestin di Tebing Barat dan Gaza.

Tetapi pergerakan Hamas menganggap Perjanjian Oslo suatu perjanjian yang tidak sah dan tidak menyenangkan, kerana ia memberi hak kepada Israel untuk mengawal 78 peratus tanah Palestin yang bersejarah, seterusnya tidak akan mematuhi perjanjian tersebut.

Media melaporkan pada masa itu, bahawa Gaza membentuk obsesi untuk Rabin, yang merasakan bahawa ia adalah batu penghalang dalam cara mencapai sebarang perjanjian penyelesaian.

Dalam sisi yang lain, Gaza secara sejarahnya mewakili dilema yang sangat besar bagi Israel. Walaupun keupayaannya untuk terus mendudukinya, harga dan kosnya tinggi. Pejuang Palestin semakin kuat, dan kepadatan penduduk di sana tidak memberi petanda baik untuk sebarang masa depan untuk penyelesaian.

Perjanjian Oslo II ditandatangani pertama kali di Taba di Semenanjung Sinai, Mesir oleh Israel dan PLO pada 24 September 1995, empat hari kemudian pada 28 September 1995, oleh Rabin dan Pengerusi PLO, Yasser Arafat dan keterangan Presiden AS, Bill Clinton di Washington DC.

Konsesi wilayah itu mencetuskan tentangan kuat dalam kalangan ramai rakyat Israel, terutamanya peneroka haram di Tebing Barat.

Pada November 1995, Rabin menghadiri perhimpunan keamanan besar-besaran di Tel Aviv, yang diadakan untuk mengumpulkan sokongan bagi perjanjian antara Israel dan PLO, tetapi perhimpunan itu berakhir dengan tragedi apabila beliau dibunuh oleh seorang pelampau Yahudi.

Namun, selepas menandatangani Perjanjian Oslo, PLO telah meninggalkan apa yang dikenali sebagai perjuangan dan penentangan bersenjata serta menyifatkannya sebagai keganasan, seterusnya menerima pendekatan damai dengan Israel, tetapi Gaza kekal sebagai pusat penentangan sebagai hasil daripada momentum besar gerakan penentangan, khususnya gerakan Hamas dan Jihad Islam.

Sharon dan pengunduran dari Gaza

Pada 27 September 2000, ketua pembangkang Israel ketika itu, Ariel Sharon, menyerbu Masjid al-Aqsa, dilindungi oleh kira-kira 2,000 tentera dan pasukan khas, dengan persetujuan Perdana Menteri, Ehud Barak ketika itu. Lawatan itu adalah percikan yang mencetuskan Intifada Kedua.

Dalam tempoh itu, Hamas melakukan beberapa operasi terhadap Israel, termasuk serangan terhadap forum di Netanya dan serangan terhadap kelab malam di Israel, yang membawa kepada kematian serta kecederaan berpuluh-puluh rakyat Israel.

Israel bertindak balas dengan serangan udara di Gaza dan membunuh ketua pergerakan itu, Salah Shehadeh. Pembunuhan berterusan pada tahun-tahun berikutnya menyasarkan pengasas pergerakan itu, Sheikh Ahmed Yassin dan pemimpinnya, Dr Abdel Aziz Rantisi.

Tetapi pilihan ketenteraan Sharon, yang menjadi Perdana Menteri pada 2001, dengan tujuan untuk menggugurkan Hamas dan menghentikan Intifada, gagal.

Hamas mula menggali terowong pada awal 2003 dan kemudiannya dapat membina rangkaian terowong bawah tanah, yang mencetuskan masalah serius iaitu ancaman kepada tentera Israel terutamanya kerana ia tidak dapat memusnahkan mereka. Ini berikutan kedalaman yang besar di bawah tanah dan petanya yang sangat kompleks.

Berdasarkan data ini, pilihan terbaik untuk Israel nampaknya adalah pengunduran sepenuhnya dari Gaza, yang sebenarnya berlaku pada tahun 2005, iaitu sekitar 18 tahun lalu.

Kesediaan Sharon, dalam fasa terakhir kerjayanya untuk menerima beberapa bentuk negara Palestin dan mengarahkan pengunduran Israel dari Gaza dalam menghadapi tentangan daripada ramai bekas penyokongnya sudah pasti akan kelihatan perubahan radikal, walaupun beberapa pengkritik telah menggambarkannya lebih sebagai oportunisme taktikal.

Hakikatnya, pemikiran mereka pada masa itu ialah penarikan diri dari Gaza adalah satu langkah strategik, kerana ia dapat memastikan Gaza dikepung dari laut di satu pihak dan dari sempadan Mesir, yang mempunyai perjanjian damai dengan Israel.

Menang majoriti

Pada sisi yang lain, ia sebagai tambahan kepada kehadiran beberapa elemen dalaman di Gaza, yang membolehkan bekerjasama dengan Israel dan penyelarasan dari segi keselamatan.

Dan pertaruhan tersebut merangkumi dua elemen iaitu kehadiran Mesir yang berpengaruh disebabkan oleh kerjasama keselamatan serta perisikan dengan Israel, juga kehadiran kumpulan yang bergabung dengan PLO, tetapi nampaknya pengiraan itu tidak berlaku.

Ini kerana Hamas dapat memperoleh kuasa di Gaza selepas pilihan raya perundangan Palestin di mana ia memenangi kemenangan besar, unsur-unsur kuasa selainnya tidak lagi wujud di situ.

Hamas memenangi majoriti undi dalam pilihan raya perundangan di Gaza pada 2006, yang ditolak oleh Amerika Syarikat dan PLO, yang mana mereka menuntut pergerakan itu meninggalkan penentangan dan mengiktiraf Israel.

Seterusnya, konfrontasi berlaku antara Hamas dan PLO di Gaza, yang mengakibatkan pengusiran ahli Pihak Berkuasa Palestin (PA), dan pergerakan itu menguasai sepenuhnya Gaza.

Penulis Hassan Abu Haniyeh menjelaskan, sejak Hamas menguasai Gaza, kekuatan Jihad Islam telah berkembang. Mereka juga telah menjadi sebahagian daripada gerakan serantau yang dikaitkan dengan Iran, Hizbullah Lubnan dan Syria dalam apa yang dipanggil paksi rintangan, dan dengan itu Gaza telah menjadi kawasan inkubator.

Berikutan itu, pada tahun 2008, Hamas melepaskan berpuluh-puluh roket ke arah kediaman Israel yang berhampiran.

Hamas mula mengembangkan kekuatan peluru berpandunya dan menggunakannya sebagai senjata penghalang terhadap Israel.

Pada tahun 2014, Israel melancarkan satu lagi operasi terhadap Gaza, dan Hamas bertindak balas dengan peluru berpandu. Konfrontasi berterusan selama tujuh hari, menyebabkan kematian 73 orang Israel, termasuk 67 tentera dan lebih 2,000 rakyat Palestin.

Begitulah, antara kronologi panjang mengapa Gaza terus dimusuhi Israel sehingga kini.

Atriza Umar 
Pegawai Jabatan Komunikasi dan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia