Malaysia kecam jualan senjata di Yaman

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, negara-negara itu malah berdiri atas nama demokrasi dan hak asasi manusia tetapi dalam masa yang sama terlibat dalam konflik di Yaman yang memasuki tahun keempat.

“Amerika Syarikat, Britain dan Perancis khususnya menyumbang kepada konflik di Yaman dengan penjualan senjata di rantau itu dengan nilai ribuan jutaan dolar dan senjata itu akhirnya digunakan untuk mengebom dan membunuh orang-orang awam termasuk kanak-kanak.”

“Negara yang membekalkan senjata yang digunakan untuk membunuh orang awam atau tempat-tempat awam seperti sekolah, hospital dan rumah, bersalah sama seperti jenayah pembunuhan beramai-ramai.”

“Ini sama sekali adalah sebuah hipokrasi kerana dalam masa yang sama mereka bercakap soal hak asasi manusia dan demokrasi,” ucap Menteri Luar Negeri, Dato’ Saifuddin Abdullah yang membaca kenyataan Perdana Menteri itu dalam program ‘Stand With Yemen’ pada Sabtu lalu.

Pada masa yang sama, Malaysia mengingatkan negara-negara ASEAN supaya tidak terlibat dalam persaingan kuasa negara-negara besar.

Campur tangan asing kuasa besar terhadap negara-negara Timur Tengah yang sedang berlaku sekarang ini perlu menjadi peringatan kepada negara-negara lain supaya tidak membiarkan ia berlaku.

Tambahnya, Malaysia akan bekerjasama dengan negara ASEAN untuk menaik taraf rangka kerja sedia ada.

“Kita akan memastikan persaingan antara Amerika Syarikat dan China tidak membawa kepada perpecahan serantau,” tambahnya.

Setakat ini, dianggarkan kira-kira lebih daripada 85,000 kanak-kanak mati akibat konflik bergolak di Yaman.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Yaman sedang mengalami wabak taun tertinggi di dunia pada saat ini dengan 1.2 juta kes yang dilaporkan sejak 2017.

Peperangan di Yaman menyebabkan lebih daripada 3 juta rakyatnya meninggalkan tempat tinggal masing-masing dan tinggal di kem-kem pelarian malah melarikan diri ke negara lain termasuk Malaysia.

Dr Mahathir menggesa supaya kedua-dua puak yang terlibat dalam konflik itu mempertimbangkan cadangan untuk mengisytiharkan Hodeidah sebagai sebuah bandar terbuka yang selamat di bawah kawalan PBB untuk membolehkan bantuan kemanusiaan dibawa masuk.

“Pembunuhan perlu dihentikan. Sudah tiba masanya untuk membina semula Yaman,” katanya.

Malah, ucapan Dr Mahathir yang dibacakan Saifudin itu menempelak sikap negara Islam yang bekerjasama dengan Israel untuk menghancurkan negara Islam yang lain.

“Adakah kita tidak malu? Tidak punya maruah?” tambahnya.

Saifudin hadir dalam majlis itu untuk merasmikan Simposium dan Pameran Foto ‘Stand With Yemen’ di ISTAC di sini.

Ia dianjurkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), PATRIOTS dan NGO-NGO lain.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia