Kes baharu Covid-19 turun di bawah 5,000

Kes Covid-19 Turun Bawah 5,000

SERI KEMBANGAN – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 4,006 kes baharu Covid-19 pada Ahad, menurun berbanding pada Sabtu dengan 5,624 kes yang menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 4,431,073.

 

Ini merupakan kali pertama kes di bawah paras 5,000 sejak negara mencatatkan angka tertinggi 32,800 kes pada 11 Mac lalu. Kali terakhir kes harian di bawah paras 5,000 adalah pada 31 Januari lalu iaitu 4,774 kes.

 

“Dan daripada jumlah tersebut ia melibatkan 3,999 kes tempatan dan tujuh kes import,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan.

 

Manakala sebanyak 1,288 kes atau 32.15 peratus adalah daripada pesakit Covid-19 kategori satu, sementara 2,694 kes adalah pesakit kategori dua dengan 67.25 peratus.

 

“Bagi kategori tiga, terdapat 12 kes (0.30 peratus), manakala kategori empat dan lima dengan enam kes (0.15 peratus).”

 

Menurut Dr Noor Hisham, berdasarkan jumlah keseluruhan 24 kes bagi pesakit kategori tiga hingga lima, lapan kes dilaporkan tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan pelalian berkenaan.

 

“Sembilan kes pula sudah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi tidak menerima dos penggalak. Sebanyak tujuh kes pula sudah menerima dos penggalak dan sembilan kes melibatkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas, 12 kes lagi mempunyai komorbid,” ujarnya.

 

Sementara itu, beliau berkata, hanya satu kluster baharu direkodkan pada Ahad menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif sebanyak 97 kes.

 

“Ini menjadikan jumlah kluster sebanyak 7,004 kluster dan 6,907 telah tamat,” katanya.

 

Pada masa sama beliau berkata, sebanyak 98 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 50 daripadanya disahkan Covid-19, manakala kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan pula adalah sebanyak 48.

 

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, bagi kes memerlukan bantuan pernafasan pula sebanyak 61 kes dilaporkan dengan 34 kes disahkan Covid-19 dan 27 lagi kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.

 

Beliau turut memaklumkan bahawa negara merekodkan sebanyak 10,223 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif kepada 4,320,822 kes setakat ini.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia