Keputusan isu ‘bin Abdullah’: Perkasakan lagi perundangan Islam

IKRAM Legal mengalu-alukan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 13 Februari 2020 melalui penghakiman majoriti yang telah memutuskan bahawa anak tidak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada bapa biologi selaras dengan peruntukan Seksyen 111 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Johor) 2003.

 

IKRAM Legal melihat keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut sebagai satu pengiktirafan kepada undang-undang Islam dan agensi/institusi agama seperti Jawatankuasa Fatwa Negeri yang sekali gus telah memartabatkan dan mengukuhkan lagi kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan.

 

Namun pada masa yang sama, IKRAM Legal juga mengambil maklum bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut adalah turut tidak membenarkan anak tidak sah taraf tersebut untuk dibinkan kepada Abdullah kerana negeri Johor masih belum mewartakan apa-apa fatwa berkenaan dengannya pada masa kes tersebut difailkan.

 

IKRAM Legal berpandangan bahawa ianya hendaklah difahami sebagai satu bentuk saranan kepada semua Jawatankuasa Fatwa Negeri dan mana-mana agensi/institusi agama negeri untuk memanfaatkan dan melaksanakan kuasa undang-undang Islam yang sedia ada dengan sebaik-baiknya. 

 

Justeru, IKRAM Legal menyeru agar semua agensi/institusi agama negeri dibantu oleh agensi/institusi agama di peringkat persekutuan untuk mengambil langkah yang proaktif daripada penghakiman Mahkamah Persekutuan ini untuk terus memainkan peranan penting dalam memperkasakan pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang Islam di negeri masing-masing selaras dengan kuasa yang ada dengan sebaik-baiknya.

 

Pada masa yang sama, IKRAM Legal juga berpandangan bahawa isu berkenaan penjagaan maruah dan air muka anak tidak sah taraf yang dibinkan kepada Abdullah sepertimana yang telah disentuh dalam penghakiman Mahkamah Rayuan sebelum ini juga adalah wajar untuk diperhalusi dengan lebih mendalam oleh Jawatankuasa Fatwa dan agensi/institusi agama yang berkenaan.

 

Hal ini adalah demi memastikan kemaslahatan anak yang tidak berdosa tersebut terpelihara khususnya bagi jangka masa panjang selari dengan prinsip Maqasid al-Syariah yang menekankan kepada pemeliharaan nyawa (hifzu an-nafs).

 

IKRAM Legal percaya bahawa usaha kolektif melalui perbincangan dan kerjasama antara agensi/institusi agama bersama dengan pihak-pihak yang berkepentingan termasuklah pertubuhan-pertubuhan badan bukan Kerajaan (NGO) akan dapat membantu menyelesaikan masalah-masalah perundangan Islam yang timbul dengan efektif dan harmoni.

 

Di samping itu juga, IKRAM Legal menyeru agar usaha-usaha untuk memperkukuhkan lagi institusi keluarga, masyarakat dan pendidikan juga harus digembleng ke arah membendung kes-kes kelahiran anak tidak sah taraf dalam negara.

 

Marwan bin Abdullah
Pengerusi IKRAM Legal

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia