Kempen #SaySomethingNice Dilancar Sempena Merdeka

Kempen #SaySomethingNice Dilancar Sempena Merdeka | IKRAM

KUALA LUMPUR – Syarikat bertujuan sosial, Zubedy (M) Sdn Bhd melancarkan semula kempen tahunannya, #SaySomethingNice 2023 bermula pada 31 Ogos hingga 16 September ini.

Menurut Pengarah Urusan Zubedy, Anas Zubedy, kempen ini telah bermula pada 2011 untuk mempromosikan perpaduan, menyebarkan perkara positif dan menggalakkan rakyat Malaysia meraikan kepelbagaian mereka, serta menghayati tradisi yang dikongsi bersama.

“Kempen ini akan menggunakan masa 17 hari antara Hari Merdeka dan Hari Malaysia sebagai masa untuk kedamaian dan ‘gencatan senjata’ (truce), yang mana kita ambil masa tersebut untuk berhenti, bermuhasabah dan reset.”

“Ini juga adalah satu masa untuk mempamerkan Malaysia yang terbaik dan membantu mencapai cita-cita pertama Rukun Negara – mencapai perpaduan yang lebih sempurna dalam kalangan seluruh rakyat,” jelas Anas ketika majlis pelancaran kempen tersebut pada Selasa di pejabatnya di sini.

Tambahnya, tema kempen ‘Kekal Sederhana Untuk Bergerak Ke Hadapan’ (Stay Measured to Move Forward’ ialah titik tengah antara ekstrem, mencari keseimbangan antara kekurangan dan kelebihan.

“Ini bermaksud melakukan perkara betul, yang berkaitan dengan orang yang betul,  pada masa yang betul, kepada lanjutan yang betul, dengan adab yang betul dan untuk tujuan yang betul,” kata Anas.

Turut hadir dalam pelancaran itu Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, Hj Badlishah Sham Baharin yang dilantik sebagai salah seorang ahli gabungan ‘Coalition of Measured’ (CoM) daripada 11 anggota bagi kempen tersebut.

Pasukan ini menggabungkan individu atau pertubuhan yang berkongsi kepercayaan dan visi sebuah Malaysia yang bersatu padu dengan memelihara kebersamaan, kerjasama dan usaha kolektif untuk mencapai visi bersama.

Antara tanggungjawab ahli-ahli CoM ialah bekerjasama dan merancang projek-projek yang mempromosikan perpaduan, menyebarkan positiviti dan meraikan kepelbagaian, serta memberikan komitmen untuk menjayakan kempen dan visi gerakan tersebut.

Ujar Anas, kempen #SaySomethingNice 2023 adalah platform yang bersifat neutral yang menggalakkan semua peringkat masyarakat untuk memelihara perpaduan dan positiviti dalam meraikan kepelbagaian rakyat Malaysia semasa tarikh-tarikh penting dalam sejarah negara.

“Untuk tempoh kempen 17 hari, kami merancang untuk melaksanakan 50 projek, antaranya #ServeSomethingNice, PlantSomethingNice, #ReadSomethingNice dan #HikeSomethingNice .”

Beliau turut menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyertai kempen ini sebagai peserta, sukarelawan atau rakan kerjasama.

“Nantikan pengumuman seterusnya,” gesa beliau.

Selain IKRAM, antara pihak yang turut menyertai kempen ini ialah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Rasuah Busters Archdiocese of Kuala Lumpur, Malaysia Hindu Sangam, Taylors University, Muslim Aid Malaysia dan Kechara Soup Kitchen.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia