Jualan Vape Mesti Ada Tamat Tempoh – IKRAM Health

Jualan Vape Mesti Ada Tamat Tempoh - IKRAM Health | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health) menyambut baik cadangan pihak kerajaan bahawa separuh daripada hasil duti eksais ke atas produk atau cecair bagi rokok elektronik dan vape akan diperuntukkan semula kepada Kementerian Kesihatan.

Peruntukan yang dibentangkan dalam Belanjawan 2023 pada 24 Februari itu sebagai usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan negara.

“Kami ingin sarankan yang percukaian ini mestilah hanya diimplementasikan selepas Rang Undang-Undang Akta Kawalan Produk Merokok dan Tembakau berjaya digubal oleh parlimen,” kata Yang Dipertua IKRAM Health, Dr Mohd Afiq Mohd Nor dalam satu kenyataan pada Isnin.

Namun begitu tegasnya, kebenaran penjualan rokok elektronik dan vape ini mestilah mempunyai fasal tamat tempoh (sunset clause), kerana secara saintifiknya produk ini telah terbukti berbahaya kepada para penggunanya serta bukan jalan penyelesaian kepada masalah ketagihan rokok konvensional.

“Kebanyakan perokok dikenalpasti sebagai dwi pengguna di mana mereka merupakan pengguna rokok konvensional dan juga pengguna rokok elektronik atau vape,” tambahnya.

IKRAM Health turut merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan atas peruntukan yang lebih besar diberikan kepada bidang kesihatan dalam Belanjawan 2023, selaras dengan usaha untuk mereformasikan sistem kesihatan negara.

“Peruntukan sebanyak RM36.33 bilion yang disalurkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini adalah bersamaan dengan 2 peratus daripada unjuran KDNK tahun 2023, meningkat berbanding tahun lalu iaitu 1.89 peratus,” ujarnya.

Katanya, peruntukan ini juga lebih tinggi sebanyak 12.10 peratus (RM3.92 billion) berbanding tahun 2022.

“IKRAM Health mengalu-alukan langkah-langkah serta inisiatif yang dirangka melalui peruntukan ini yang nampak jelas mengutamakan kepentingan rakyat umum, terutamanya kepada golongan B40 tanpa mengabaikan kebajikan warga kerja kesihatan sendiri.”

Jelas Dr Afiq, RM200 juta yang diperuntukan melalui Skim Perubatan Madani dan Skim Peduli Kesihatan PEKA B40 sangat membantu golongan B40 dalam menjalani pemeriksaan atau saringan dan rawatan-rawatan kesihatan di klinik dan pengamal perubatan am swasta tatkala hidup dalam suasana ekonomi yang mencabar ini.

“Manakala peruntukan khas RM3 bilion untuk pengambilan warga kerja melalui lantikan baharu dan beberapa peruntukan besar untuk menaik taraf fasiliti kesihatan memberikan kelegaan kepada seluruh kakitangan kerajaan untuk memberi khidmat yang lebih baik kepada rakyat.”

Tambahnya lagi, IKRAM Health juga meraikan pengumuman Perdana Menteri berkenaan sokongan kerajaan terhadap ikhtiar untuk menyokong Generasi Penamat atau Generational End Game (GEG).

“Sokongan ini bertepatan dengan misi besar negara untuk melindungi golongan generasi akan datang daripada terjebak dengan kegiatan buruk merokok ini khususnya produk merokok alaf baru seperti rokok elektronik dan vape,” ujar beliau.

 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia