Banjir Baling: i-Bantu, IKRAM Health, IMARET giat santuni mangsa

Banjir Baling: i-Bantu, IKRAM Health, IMARET giat santuni mangsa | IKRAM

BALING – Yayasan IKRAM Malaysia (i-Bantu) Kedah bersama IKRAM Health – IMARET kini giat membantu sebilangan mangsa banjir kilat yang melanda Baling pada petang Isnin.

Tinjauan aktivis i-Bantu Kedah di Baling pada Selasa menunjukkan terdapat kesesakan lalu lintas hampir ke semua jalan ke Iboi, manakala bekalan elektrik dan air masih lagi terputus. 

“Kawasan lain yang terjejas teruk antaranya Kampung Hangus, Kampung Tanjung, Kampung Sadik, Kampung Tanah Periuk, tapi belum dibantu sepenuhnya,” kata wakil i-Bantu Kedah.

Di samping itu, para sukarelawan yang diketuai oleh Pengerusi i-Bantu Kedah, Rosmidin Ahmad turut menghulurkan sumbangan kepada mangsa yang terlibat.

Pada Rabu, i-Bantu Kedah bersama aktivis IKRAM Health – IMARET turun membantu mangsa banjir di Kampung Iboi.

“Barangan yang diedarkan adalah makanan, barangan kebersihan untuk keperluan semasa. Misi seterusnya kita akan mengedarkan keperluan asas yang lain bagi mereka memulakan kehidupan selepas banjir,” tambahnya.

Pada keesokannya, mereka menyalurkan khidmat bantuan perubatan kepada para penduduk Kampung Dusun, Iboi di samping edaran kit kebersihan, sumbangan kewangan, cucian luar rumah dan klinik bergerak.

Banjir kilat yang melanda beberapa hari yang lalu telah memusnahkan banyak rumah penduduk kampung di sana, meragut tiga nyawa dan lebih 1,4000 penduduk terpaksa dipindahkan ke tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Mereka ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai, Surau An-Nur (Taman Mesra, Kupang) dan SMK Agama Yayasan Khairiah.

Hujan berterusan selama tiga jam sejak jam 2.00 petang Isnin di sekitar Kupang telah menyebabkan air melimpah dari Sungai Kupang dan memasuki rumah penduduk.

Manakala tujuh buah rumah musnah akibat dihanyutkan arus deras dan 70 lagi rosak susulan bencana tersebut.

Dalam pada itu, Yayasan IKRAM Malaysia turut mengaktif Tabung Cakna Banjir untuk membantu mangsa banjir di Baling.

Sehingga 7 Julai, jumlah kutipan sumbangan terkumpul berjumlah RM61,391.20 dan masih berbaki RM138,608.80 untuk memenuhi sasaran RM200,000.

Bagi yang ingin menyumbang ke tabung tersebut, bolehlah menyalurkannya melalui pautan http://billplz.com/caknabanjir atau melalui akaun Yayasan IKRAM Malaysia (Maybank 5621 4240 4402) dengan rujukan ‘CaknaBanjir’.

Lagi foto bantuan: i-Bantu Kedah

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia