Trend Syarikat Vape Taja Sukan Amat Merisaukan

Trend Syarikat Vape Taja Sukan Amat Merisaukan | IKRAM

Baru-baru ini tular lagi isu penajaan pasukan sukan oleh syarikat berkaitan merokok alaf baru atau dikenali sebagai vape. 

Apa yang mengecewakan lagi adalah Timbalan Menteri Belia dan Sukan turut hadir dalam majlis perasmian jersi sebuah pasukan bola sepak liga amatur negara.

Walhal menurut Liga Bolasepak Amatur (AFL), pihaknya sudah memaklumkan kepada semua pasukan mengenai larangan menggunakan logo penaja berunsurkan rokok, termasuk rokok elektronik (vape).

Syarikat-syarikat industri vape kini semakin terdesak untuk merekrut anak muda melalui penajaan-penajaan pasukan sukan dan rekreasi yang majoritinya akan melibatkan penyertaan golongan belia dan remaja.

Hal demikian amat merisaukan ramai ibu bapa serta warga kesihatan yang melihat ia menjadi ancaman terbaru negara untuk generasi muda.

Penajaan sukan seperti ini adalah salah satu agenda normalisasi mereka terhadap tabiat vaping selain menjadi modus operandi untuk mempromosi produk vape dan penggunaannya secara tidak langsung.

Sebelum itu, sebuah pasukan bola sepak bawah 16 tahun di Sabah yang juga ditaja oleh syarikat vape turut dikecam hebat oleh netizen.

Manakala pada tahun 2020 pula, laman media sosial rasmi pasukan Selangor FA menjadi mangsa kecaman oleh para peminat bola sepak tempatan apabila memuat naik promosi produk rokok elektronik untuk para penyokong yang memiliki kad keahlian Red Giants.

Pasukan itu akhirnya akur dengan peraturan dan bangkangan masyarakat terhadap tindakan tersebut.

Sementara itu, penglibatan Timbalan Menteri dalam majlis pelancaran ini jelas telah melanggar Artikel 5.3 World Health Organization Framework Convention on Tobacco Control (WHO FCTC) yang melarang penglibatan anggota parti dengan pihak industri tembakau yang jelas akan mempengaruhi pendirian dan dasar sesebuah negara terhadap kawalan tembakau. 

Pihak Pejabat Timbalan Menteri dan Kementerian seharusnya lebih berhati-hati dengan tipu daya industri vape dan tembakau yang menggunakan pelbagai cara untuk mempengaruhi masyarakat agar terjebak dalam amalan merokok.

Suka untuk diingatkan agar masyarakat tidak mudah terjebak dalam kegiatan yang mampu mengancam nyawa ini. Pihak yang terlibat dalam majlis tersebut seharusnya lebih cakna tentang keburukan akibat penggunaan produk vape yang dipromosikan oleh syarikat tersebut. 

Kajian menunjukkan terdapat kesan akut akibat penggunaan vape, iaitu penyakit yang dikenali sebagai E-Cigarette or Vaping Product Use Associated Lung Injury (EVALI). Kerosakan yang berlaku terhadap paru-paru akibat EVALI ini adalah bersifat irreversible (tidak boleh dipulihkan).

Oleh itu, bagi menyahut komitmen yang diberikan oleh Menteri Kesihatan baru-baru ini yang akan terus memperjuangkan kawalan produk merokok dan vape, pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang telah lama tertangguh itu mestilah segera dilaksanakan bagi membolehkan kerajaan mengawal penjualan, promosi serta pengiklanan produk tembakau dan juga vape ini.

Kami juga menggesa agar pihak kerajaan dapat meneruskan peruntukan berkaitan Generational End Game (GEG) yang melarang sebarang pembelian dan penjualan produk merokok dalam kalangan mereka yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya.

Sukan dan merokok termasuk vaping adalah musuh yang jelas. Bersukan adalah satu gaya hidup sihat, namun merokok atau vaping adalah tabiat buruk yang merosakkan tubuh badan.

Dr Mohd Afiq Mohd Nor
Yang Dipertua
Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health)

Penafian: Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian IKRAM.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia