Isu Dr Zakir Naik: IKRAM Ajak Rakyat Berbincang Secara Ilmiah

1. Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) memandang berat isu ceramah Dr Zakir Naik yang sedang dipolemikkan dan kini telah dibatalkan di Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM) atas arahan Ketua Polis Negara.

2. IKRAM berpandangan isu ceramah Dr Zakir Naik tidak sepatutnya dilihat memecah belahkan masyarakat, sebaliknya beliau banyak mengajak masyarakat melihat persamaan antara mereka.

Rekod telah menunjukkan bahawa beliau bukanlah seorang ekstremis agama atau seorang pendokong fahaman ganas, sebaliknya ceramah-ceramah beliau yang banyak dimuat naikkan dalam Internet membuktikan bagaimana beliau sentiasa mengetengahkan hujah-hujah ilmiah bagi mengajak manusia berfikir mengenai ketuhanan, serta mengajak manusia membaca kitab-kitab suci semua agama.

3. Kunjungan beliau kali ini bukanlah kunjungan pertama beliau ke Malaysia, malah telah beberapa kali memberikan ceramah umum di negara ini sebelum ini tanpa sebarang insiden.

Malah beliau sendiri telah diangkat sebagai Tokoh Maal Hijrah Malaysia pada tahun 2013, dengan penganugerahan oleh DYMM Yang Dipertuan Agong sendiri, yang menjadi bukti kukuh bahawa beliau bukanlah seorang yang tidak berwibawa atau membawa ajaran melampau, malah beliau sendiri sebenarnya dibenarkan bergerak di negara asalnya India tanpa sebarang isu.

4. Kita yakin bahawa tuduhan-tuduhan rambang yang dibuat ke atas beliau dibuat tanpa mendengar sendiri rakaman-rakaman ceramah beliau, kerana tiada satu pun tuduhan tersebut disertakan oleh sebarang bukti yang sah yang berkait, melainkan hanya bahasa-bahasa yang kesat dan retorik semata-mata.

5. IKRAM mengajak supaya budaya mengetengahkan hujah dan dalil secara ilmiah, intelektual dan beradab dijunjung dan disemarakkan, dalam suatu suasana kebebasan intelektual yang disemarakkan.

Budaya menyekat dan mengekang orang dari bersuara tidak patut diamalkan. Inilah sebenarnya yang akan membuktikan bahawa masyarakat Malaysia menjadi sebuah masyarakat yang berilmu dan berfikir, dan bukannya sebuah masyarakat yang mandul keintelektualannya.

6. Pada masa yang sama, IKRAM mengajak seluruh rakyat Malaysia daripada berbilang kaum dan agama untuk bertindak secara rasional dan tidak terbawa-bawa dengan retorik yang ekstrem atau menyemarakkan api permusuhan dan perbalahan yang tidak akan menguntungkan mana-mana pihak.

Sebarang perbezaan pandangan boleh diselesaikan dengan cara yang beradab dan berdiplomasi, tanpa menggunakan bahasa-bahasa yang kesat dan melampau.

Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia