Indeks Malaysia Negara Rahmah 2022 di Tahap Sederhana

Indeks Malaysia Negara Rahmah 2022 di Tahap Sederhana

Pertubuhan IKRAM Malaysia telah menjalankan Kajian Indeks Malaysia Negara Rahmah pada tahun 2022  bagi meninjau persepsi masyarakat terhadap situasi kemajuan negara dalam pelbagai aspek. Seramai 2,006 responden terlibat di seluruh Malaysia. Kajian pertama telah dilakukan pada tahun 2021.

Dengan menggunakan skala 1 hingga 10, hasil kajian ini mendapati pencapaian kebangsaan bagi Ciri-ciri Negara Rahmah bagi tahun 2022 adalah pada paras 6.47 atau pencapaian dalam kategori ‘Sederhana’. Ia menunjukkan peningkatan daripada tahun 2021 yang mencatatkan skor 6.09.

Ciri-ciri yang mendapat tiga (3) skor tertinggi ialah; Institusi Keluarga yang Utuh (7.66), Hubungan Etnik dan Penganut Agama yang Harmoni (7.40), Masyarakat yang Berilmu, Berakhlak Penyayang (7.32), menunjukkan Malaysia berada di landasan yang betul dan boleh ditambah baik dalam merealisasikan gagasan Malaysia Madani.

Manakala ciri Tadbir Urus yang Baik (5.68), Ekonomi yang Mampan (5.78) dan Kepimpinan yang Kompeten dan Berintegriti (5.80) mendapat skor yang terendah, bermakna usaha-usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Perpaduan dalam memperkemas tatakelola urusan pentadbiran kerajaan sangat signifikan untuk difokuskan terutama dalam membanteras rasuah sehingga ke akar umbi.

Walaupun skor indeks ini bukan satu petunjuk yang mutlak, ia telah memberikan satu nilai persepsi relatif masyarakat umum terhadap keadaan semasa negara. 

IKRAM melihat Indeks Malaysia Negara Rahmah ini dapat memberi salah satu gambaran ukuran terhadap usaha-usaha semua pihak dalam membangunkan negara. Justeru, IKRAM sebagai sebuah NGO bersedia untuk bersama-sama meneruskan usaha membangunkan negara selaras dengan gagasan Malaysia MADANI.

Pertubuhan IKRAM Malaysia
3 April 2023

Kenyataan versi bahasa Inggeris

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia