Indeks Negara Rahmah Jadi Rujukan Perpaduan Negara

Indeks Negara Rahmah Jadi Rujukan Perpaduan Negara | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Indeks Malaysia Negara Rahmah (IMNR) menjadi antara rujukan bagi menilai tahap perpaduan rakyat di negara ini.

“Kita juga ada Indeks Malaysia Negara Rahmah dan saya pun telah diberi taklimat semalam (Selasa) kajian yang dihasilkan oleh IKRAM,” kata Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.

Jelas beliau, kajian IMNR bertujuan untuk mengukur pencapaian semasa sesebuah negara ke arah menjadi sebuah Negara Rahmah pada tahun 2035.

Dalam kajian ini, kata Aaron, ada 12 Ciri Negara Rahmah yang diukur, iaitu dari segi kepimpinan, sistem pemerintahan, tadbir urus dan sebagainya.

Tambah beliau, nilai Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) pada 2022 adalah 0.629, meningkat sedikit daripada tahun 2018 iaitu 0.567.

“Kedua-dua indeks ini menunjukkan bahawa tahap kesepaduan masyarakat di negara ini adalah sederhana dan terkawal,” jelas beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali sama ada kerajaan berpuas hati dengan skor pencapaian IPNas di Dewan Rakyat pada Rabu.

Di samping IPNas ujarnya, ada beberapa indeks lain yang telah dihasilkan seperti Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia, Indeks Kesejahteraan dan Indeks Malaysia Negara Rahmah.

“Daripada indeks-indeks ini, hasilnya ialah semuanya ada kaitan dengan tahap kesejahteraan dan perpaduan negara kita, yang mana masing-masing menunjukkan kesepaduan antara kaum di negara kita berada di tahap yang baik.”

Kajian Indeks Malaysia Negara Rahmah dibangunkan oleh IKRAM melalui Kajian Dasar IKRAM (KADRI) pada 2021 untuk menilai tahap kemakmuran dan kesejahteraan negara melalui 12 Ciri Negara Rahmah.

Kajian indeks ini telah memasuki tahun kedua pada 2022 dan hasilnya telah dibentangkan kepada Datuk Aaron oleh Presiden IKRAM, Hj Badlishah Sham Baharin dalam satu mesyuarat di Pejabat Pentadbiran Parlimen Malaysia pada Selasa.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia