IKRAM membangunkan Inventori Indeks Negara Rahmah dan pemakluman skor Indeks Malaysia Negara Rahmah 2021

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) berhasrat untuk menjadi rakan kongsi strategik untuk membina Malaysia menjadi sebuah negara rahmah. Negara rahmah bermaksud negara yang aman, makmur, sejahtera di mana kebebasan, kebenaran dan keadilan ditegakkan dengan erti kata yang sebenarnya.

 

Kerajaan pula berperanan memimpin dan menjaga kepentingan semua. Rakyat yang pelbagai etnik dan agama hidup bersama dengan harmoni. Masyarakat menjadi terdidik, berakhlak mulia dan penyayang. Golongan yang memerlukan diberi perhatian dan dibantu. Sementara mereka yang berpotensi berpeluang merealisasikan bakat dan kebolehannya.

 

Kami yakin wawasan murni ini menjadi impian semua rakyat Malaysia, tidak kira apa bangsa keturunan maupun anutan mahukan negara yang tercinta ini menjadi sebuah negara yang lebih baik, sebuah negara mithali kepada masyarakat antarabangsa.

 

Usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara rahmah ini, tentunya tidak boleh diusahakan sendiri oleh IKRAM, malah usaha bersama kesemua mereka yang berkongsi wawasan ini termasuk pihak kerajaan Malaysia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan masyarakat madani (CSO), golongan  profesional, pihak  industri dan rakyat keseluruhannya.

 

Status Malaysia sebagai sebuah Negara Rahmah boleh dibincangkan dengan lebih lanjut dan mungkin akan ada perbezaan pandangan berkaitannya. Namun untuk memulakan langkah murni ini, IKRAM cuba menjelaskannya melalui 12 ciri yang terpilih untuk menggambarkan  keadaan sesebuah negara, dari aspek kepimpinannya, tadbir urusnya, sistem politiknya, sistem ekonominya, khidmat terhadap rakyatnya serta hubungan antarabangsa.

 

IKRAM menyedari bahawa proses transformasi negara dari keadaan sekarang sehingga menjadi sebuah negara rahmah adalah proses yang panjang dan tidak mudah. Oleh itu, apa yang penting ialah usaha yang akan menghasilkan kemajuan ke arah yang lebih baik ini terus dilakukan setiap tahun dan boleh diukur kemajuannya.

 

Pembangunan Indeks Negara Rahmah yang diperkenalkan IKRAM ini adalah satu usaha untuk mengukur kemajuan ini, serta menilai keberkesanan usaha dan inisiatif yang telah dilaksanakan sepanjang tahun oleh semua pihak ke arah pencapaian Malaysia Negara Rahmah.

 

Untuk menilai pencapaian kesemua 12 ciri tersebut, atau pun dalam erti kata lain, mengukur progres pencapaiannya, satu kayu ukur yang dikenali sebagai Inventori Indeks Negara Rahmah telah dibangunkan oleh IKRAM. Proses pembangunan indeks ini juga telah melibatkan wakil-wakil pertubuhan sivil, masyarakat madani, wakil dari pelbagai agama dan etnik serta akademia dalam pebagai bidang.

 

Inventori Indeks Negara Rahmah ini dibuat dalam bahasa Melayu yang mengandungi 12 Ciri Negara Rahmah, 30 indikator pencapaian dan 110 soalan bersama 10 soalan mengenai profil responden.

 

Kajian Indeks Malaysia Negara Rahmah bagi tahun 2021 telah dijalankan meliputi seluruh negara dari bulan April hingga Jun 2021 yang melibatkan 3,277 responden yang terdiri daripada rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas dan dari pelbagai kumpulan etnik.  Kajian ini telah dijalankan menggunakan persempelan berstrata dengan tumpuan negeri, daerah, kaum dan jantina.

 

Dengan menggunakan skala 10 sebagai pencapaian terbaik, hasil kajian ini mendapati pencapaian kebangsaan bagi Indeks Malaysia Negara Rahmah tahun 2021 adalah pada paras 6.09 atau pencapaian dalam kategori ‘Sederhana’ (0 – 4: Rendah; 5 – 7 : Sederhana dan 8 – 10 : Tinggi).

 

Ciri-ciri yang mendapat skor tertinggi adalah;  Institusi Keluarga yang Utuh (7.38), Hubungan Etnik dan Penganut Agama yang Harmoni (6.93), Masyarakat yang Berilmu, Berakhlak Penyayang (6.88), dan Kebajikan,  Kesihatan dan  Keselamatan Rakyat yang Terpelihara (6.50).

 

Manakala kesemua ciri berkaitan kepimpinan, pentadbiran dan tadbir urus kerajaan mendapat skor yang rendah iaitu antara 5.33 – 5.60.

 

Walaupun skor indeks ini bukan satu petunjuk yang mutlak, ianya memberikan satu nilai persepsi relatif masyarakat umum terhadap keadaan semasa negara.

 

Khususnya, apabila persepsi masyarakat terhadap hal-hal berkaitan tadbir urus negara seperti kepimpinan, tadbir urus dan pengurusan berada dalam kelompok terendah, ia menggambarkan satu kerisauan yang harus diberikan perhatian oleh pihak berwajib.

 

Pencapaian Indeks Malaysia Negara Rahmah 2021 adalah sangat penting kerana ia menjadi rujukan kepada pencapaian tahun-tahun mendatang.

 

Unit Kajian Dasar (KADRI)
Pertubuhan IKRAM Malaysia
12 Oktober 2021 / 5 Rabiulawal 1443H

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia