IKRAM sanggah pandangan Kassim Ahmad

Dr. Kassim dengan terang-terang mengatakan bahawa amalan berselawat dan juga lafaz syahadah ke atas Nabi Muhammad SAW sebagai satu penyelewengan. Beliau turut menolak fungsi Hadis dalam menafsirkan al-Qur’an.

Sekretariat Ulama IKRAM berpendapat bahawa  kenyataan seperti ini boleh menjurus ke arah kekufuran yang nyata kerana:

Pertama: Anjuran berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW adalah perintah dari Allah yang terkandung dalam al-Qur’an (lihat surah al-Ahzab:56).

Kedua: Lafaz shahadah ke atas Nabi sebagai seorang Rasulullah adalah selari dengan ayat-ayat al-Qur’an yang jelas menegaskan kedudukan beliau sebagai seorang Rasul (lihat al-Imran:31, 144;). Allah SWT sendiri yang memerintahkan agar ketaatan diberikan kepada beliau sebagai seorang Rasul (lihat  an-Nisaa’: 59; al-Nur:54). Lafaz ini diucapkan semasa al-Qur’an masih diturunkan hingga kewafatan baginda. Ianya diteruskan oleh para sahabat dan menjadi ijma’ para ulama tanpa sebarang bantahan.

Ketiga: Al-Quran mesti difahami melalui kaedah Bahasa Arab yang tinggi nilainya seperti  yang ditafsir oleh para ulama mufassirin yang diakui kehebatan mereka (muktabar),  bukan melalui kefahaman individu yang tidak mempunyai kemahiran khusus.

Keempat: Adalah menjadi kesepakatan ulama bahawa Hadis adalah sumber hukum kedua selepas al-Qur’an berdasarkan nas-nas yang jelas dari al-Qur’an sendiri (lihat al-Hashr:7; al-Nisa: 59). Maka, menolak hadis bermakna ingkar kepada salah satu dari sumber asas yang yang membawa kepada kekufuran. (lihat Fatwa Kebangsaan dan Negeri-negeri di e-fatwa.gov.my).

Sekretariat Ulama IKRAM juga turut kesal dengan penganjuran Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian yang dianjurkan oleh Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana pada 15-16 Februari 2014. Kehadiran mantan Perdana Menteri dalam merasmikan seminar tersebut juga amat dikesali.

Justeru, Sekretariat Ulama IKRAM dengan ini:
i.  Mendesak Dr. Kassim segera bertaubat dan kembali kepangkal jalan.

ii. Meminta permohonan maaf dari pihak penganjur, perasmi dan pembentang-pembentang kertas kerja pada Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian kerana menguris perasaan umat Islam.

iii. Menggesa JAKIM dan Jabatan Agama negeri-negeri mengguatkuasakan fatwa anti Hadis.

iv.  Menyeru kerajaan Pusat dan Negeri mengambil langkah-langkah tegas bagi membenteras aktiviti kumpulan ajaran sesat anti-hadis ini sepertimana tindakan diambil tehadap Syiah dan pengikutnya.

v.  Meminta orang-ramai agar sentiasa merujuk kepada ulama-ulama yang muktabar di dalam isu-isu  agama yang sering diputarbeliti oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung-jawab.

Dr Zulfakar bin Ramlee

Pengerusi
Sekretariat Ulama IKRAM
Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)

18 Rabi’ul Akhir 1435 / 18 Februari 2014

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia