Alhamdulillah, Hari Terbuka IKRAM Kemaman 2015 telah pun melabuhkan tirainya. Majlis ini telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Daerah Kemaman, En Mohd Azmi b Mustafa. Turut disempurnakan pelancaran Program Semarak Ramadan 2015 dan Dana Pembangunan Al-Amin Kerteh.
1500 orang pelajar mengikuti pengajian di sekolah-sekolah ini iaitu SRI Al-Amin Kerteh, SRI Al-Amin Chukai dan SMI Al-Amin Kemaman. Disamping itu usaha untuk membina bangunan sekolah tambahan sedang dilancarkan di kedua-dua buah sekolah di Kerteh dan Chukai.
Terima kasih yang tidak terhingga buat semua yang telah hadir dan semua ahli yang telah menyumbang dalam menjayakan majlis ini.