IKRAM Muda FC layak ke Liga M3

Kemenangan IKRAM Muda FC ke atas Juara Liga Komuniti Puchong, Thai Selangor FC menyaksikan wakil daripada Selangor Social Premier League (SSPL) itu mengikuti jejak KSR Sains untuk bersaing di Liga M3 pada musim hadapan.

Dalam aksi yang mendebarkan itu, Thai Selangor FC mendahului perlawanan apabila Akmal Firdaus berjaya menewaskan penjaga gol IKRAM Muda FC, Syed Adney pada minit ke-19.

Namun begitu, IKRAM Muda FC berjaya bangkit pada penghujung babak pertama perlawanan setelah Ridhwan Johan menyudahkan hantaran Muhd Fakrulrazi pada minit ke-45.

Ridhwan kemudian mempamerkan ketajaman dengan meletakkan IKRAM Muda FC di depan apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-75.

Kedudukan 2-1 tidak bertahan lama apabila pemain gantian Thai Selangor FC, Vishu Raj berjaya menewaskan benteng pertahanan IKRAM Muda FC untuk menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-83 yang membawa perlawanan ke masa tambahan.

Namun, Ridhwan Johan muncul wira dengan meledak hatrik pada minit ke-104 bagi memastikan IKRAM Muda FC mara ke perlawanan akhir kelayakan ke Liga M3 pada 28 Disember ini sekali gus menjadi pasukan terakhir untuk mengisi slot ke Liga M3 musim 2020.

Sumber: Amateur Football League

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia