Hukum Syarak: Sunnah dan Kepentingan Memerhati

Hukum Syarak: Sunnah dan Kepentingan Memerhati | IKRAM

Dalam artikel bulan yang lalu, saya telah menghuraikan kaitan antara kemahiran berfikir yang perlu digunakan dalam beragama. Kehidupan manusia yang penuh rencam perlukan panduan untuk dijadikan landasan supaya dapat dijalani dengan sebaiknya.

Allah SWT telah mengurniakan akal, ciptaan yang unik, istimewa untuk manusia sahaja, wajar digunakan sebaiknya dalam menentukan segala pilihan dan tindakan yang dibuat.

Justeru, permasalahan kehidupan seharian yang dihadapi dengan menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi dan diteraskan kepada keimanan yang sahih akan menatijahkan kesejahteraan yang berpanjangan. Itulah seni kehidupan yang tidak boleh dikesampingkan.

Pada kali ini, saya akan cuba membawa para pembaca untuk melihat satu lagi seni menjalani kehidupan yang penting iaitu pemerhatian.

Agama adalah segalanya. Namun, untuk beragama, pelbagai cara perlu dirangkumkan agar agama dan syariah yang dijunjung akan menjadi lebih praktikal, selaras dengan matlamat ia diturunkan.

Agama bukanlah sesuatu yang mesti diterima bulat-bulat tanpa sebarang persoalan. Oleh itu, kurniaan akal adalah sangat signifikan untuk manusia gunakan dalam memahami syariat dan selok-belok lumrah kehidupan itu sendiri.

Sirah dakwah Rasulullah SAW juga turut menzahirkan bahawa penyebaran Islam telah berlaku dengan bernadikan ilmu, pengetahuan serta kefahaman, selain jihad dan kesungguhan yang tinggi.

Sunnah yang perlu dirancakkan

Semasa menerangkan tentang syariat, Rasulullah SAW sendiri menekankan tentang peri pentingnya sebuah pemerhatian. Mari kita sorot kembali bagaimana Rasulullah SAW mengajar para sahabat menunaikan solat ketika awal pensyariatannya. 

Daripada Malik bin Huwairith RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

صَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُونِي أُصَلِّي

Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat.” (HR Bukhari)

Dalam hadis ini, Rasulullah SAW menganjurkan umat Islam supaya memerhatikan bagaimana baginda SAW menunaikan solat. Maksudnya, pemerhatian merupakan cara untuk manusia belajar melaksanakan syariat dengan betul. 

Selain itu, pendekatan belajar melalui pemerhatian juga telah dirakamkan dalam al-Quran. Sebagai contoh, dalam Surah al-Mulk ayat 15, Allah SWT telah berfirman (maksudnya):

“Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula.”

Dalam ayat ini, Allah SWT menyuruh manusia meneroka, memerhati, melihat dan melakukan refleksi, mengambil manfaat daripada segala apa yang baik serta menginsafi segala nikmat yang Allah berikan dengan syukur.

Dalam Surah Muhammad ayat 10 pula, Allah SWT telah berfirman (maksudnya):

“Maka tidakkah mereka telah mengembara di muka bumi serta memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu daripada mereka? Allah telah menghancurkan orang-orang itu dan orang-orang kafir (yang menurut jejak mereka) akan beroleh akibat-akibat buruk yang seperti itu.

Dalam ayat ini pula, Allah SWT menganjurkan umat Islam meneroka dan memerhatikan akibat perbuatan kerosakan yang dilakukan oleh umat terdahulu. Ia tidak jauh daripada perbincangan artikel bulan lepas tentang fiqh implikasi.

Hal ini bermakna, melihat dan memerhatikan ialah sunnah umat Islam yang perlu dirancakkan. Memerhati bermaksud melihat dan berfikir serta melakukan refleksi terhadap sesuatu situasi, barulah proses pembelajaran dan penambahbaikan akan berlaku.

Melihat sahaja tanpa memerhati tidak akan menatijahkan apa-apa. Memerhati dengan minda yang terbuka akan melahirkan manusia yang berilmu pengetahuan serta berhikmah dalam tindakan. Itulah sifat seorang Muslim yang diinginkan.

Pemerhatian ulama terhadap hukum syarak

Dalam konteks yang lebih fokus, pemerhatian yang mendalam telah dilakukan oleh para ulama fiqh terhadap hukum-hukum yang ada dalam syariat Islam. 

Para ulama fiqh telah memerhatikan hukum-hukum fiqh yang ada dan hasilnya mereka mendapati bahawa hukum-hukum tersebut bukan sahaja diturunkan untuk dilaksanakan, malah semuanya membawa mesej-mesej berupa tujuan syariah yang unggul dan murni. Tujuan-tujuan inilah yang membentuk identiti syariah itu sendiri. 

Al-Izz bin Abd as-Salam dalam bukunya Qawaid al-Ahkam menekankan bahawa berdasarkan hasil pemerhatian secara induktif terhadap hukum-hukum syarak, sebuah kesimpulan dapat dihasilkan iaitu semua hukum syarak mempunyai tujuan-tujuan yang tertentu.

Tujuan-tujuan ini telah dikembangkan dan dirumuskan membentuk satu gagasan pemikiran yang dinamakan sebagai maqasid asy-syariah.

Penelitian induktif ialah penelitian terhadap hukum-hukum kecil lalu mengeluarkan satu kesimpulan umum yang merumuskan hukum-hukum kecil tadi. 

Hasilnya, berdasarkan penelitian terhadap hukum kewajipan solat, kewajipan berpuasa, kewajipan zakat dan haji menunjukkan bahawa syariat diturunkan dengan panduan dan tatacara untuk manusia menjaga agama dalam diri, masyarakat dan dunianya.

Pemerhatian terhadap hukum bukan sahaja tugas para ulama. Pemerhatian merupakan tugas semua manusia berakal.

Seorang Muslim yang bersungguh-sungguh untuk beragama akan cuba memahami selok-belok cara menjadikan agama itu sebagai panduan yang bernaung di bawah payung syariat.

Hukum-hukum yang perlu difahami bukan sahaja pada kandungannya, bahkan pada tujuannya. Hal ini akan dapat melahirkan rasa syukur dan bertuah kerana syariat diturunkan sarat dengan pemeliharaan terhadap kepentingan manusia di dunia dan akhirat.

Tujuan-tujuan yang dikenali sebagai maqasid asy-syariah ini berteraskan kepada penarikan kebaikan kepada manusia dan pada masa yang sama penolakan kemudaratan daripada manusia juga.

Jika diteliti, setiap hukum yang disyariatkan bertujuan sama ada untuk menjaga agama, nyawa, akal, keturunan atau harta manusia. 

Hukum syarak yang bersifat ‘maslahah centric’ ini tidak lain dan tidak bukan berperanan mempromosikan dan mempertahankan kesejahteraan yang inklusif bagi manusia di dunia serta akhirat.

Kesejahteraan yang inklusif

Kesejahteraan yang dimaksudkan oleh syarak ialah kesejahteraan yang merangkumi aspek fizikal, mental dan spiritual manusia. Allah SWT yang mencipta manusia dan sekalian alam Maha Mengetahui apa yang diperlukan oleh manusia dalam kehidupannya.

Justeru, hukum-hukum syarak dipetakan agar kehidupan manusia mencapai tujuannya di samping meraikan kebahagiaan dan kenikmatan yang layak dikecapi di dunia.

Untuk itu, manusia seharusnya memerhatikan apa sahaja yang berlaku di sekelilingnya termasuklah apa yang berlaku dalam dirinya. Melihat dan memerhatikan diri sendiri akan menjadikan seseorang mengenali dirinya, lantas mengenal Tuhannya. 

Dalam Surah az-Zariyat ayat 21, Allah SWT mengingatkan agar manusia memerhatikan dirinya sendiri:

وَفِىٓ أَنفُسِكُمْ ۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ

“Dan juga pada diri kamu sendiri, maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?”

Sungguh, memerhatikan apa yang berlaku terhadap diri sendiri akan mengenalkan manusia kepada dirinya dan Penciptanya Yang Maha Kuasa. 

Mengenali sifat manusia yang ada waktunya mengalami perasaan yang berbeza seperti gembira, sedih, bahagia dan derita akan menjadikan seseorang lebih tenang untuk menjalani kehidupan.

Mengenali sifat manusia yang perlu kepada manusia lain dalam bersosial akan menjadikan seseorang lebih rahmah dan mesra dalam menyantuni saudaranya dalam konteks kemanusiaan.

Memahami sifat diri pada sudut fizikal yang perlu kepada penjagaan kesihatan dan kesejahteraan mental akan menjadikan seseorang lebih bersyukur dan bersungguh-sungguh dalam menjaga kesejahteraan diri. Begitulah pentingnya sebuah pemerhatian.

Keluasan rahmat syariah

Suka untuk diulangi, maqasid syariah adalah tujuan yang dikehendaki Allah SWT dalam setiap hukum atau sebahagian besar daripadanya.

Kepentingan menjaganya telah dijelaskan oleh al-Quran dengan terang sebagai pemelihara kemaslahatan manusia dengan membuka ruang-ruang manfaat kepada mereka dan menghindari kemudaratan sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 185:

يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ

 “Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.”

Mengelakkan kesukaran juga merupakan tujuan syarak dalam pensyariatan hukumnya. Sebarang kesukaran yang dihadapi akan membuka ruang kepada kemudahan dan kelonggaran.

Rukhsah atau kelonggaran hukum merupakan tanda kasih Allah SWT terhadap hamba-Nya. 

Memahami keluasan cara untuk beribadah dalam ruang kemampuan yang diraikan merupakan sebahagian daripada kefahaman terhadap hukum. Semuanya hanya diperoleh dengan pemerhatian yang mendalam terhadap apa yang dipelajari.

Maka, pelajarilah hukum untuk difahami, perhatikanlah hukum untuk dihayati. 

Dr Hamidah Mat
Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Open University Malaysia (OUM)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia