Belajar Menghormati Perbezaan Pandangan Ulama Silam

Kita hidup pada zaman yang sangat terbuka. Semua orang boleh bercakap, menulis dan memberikan pandangan. Namun ironinya, ketika ruang untuk bersuara semakin luas, ruang dalam hati untuk menerima perbezaan seolah-olah semakin sempit. Sesetengah orang pada hari ini mudah tersinggung apabila pandangan tidak diterima. Sikap cepat melabel orang yang tidak sependapat menjadikan satu perbezaan kecil berkembang […]
Rahsia Wanita Bangkit: Tawazun Kunci Kebahagiaan

Wanita yang sering dikaitkan dengan kebolehan multitasking hakikatnya memegang pelbagai peranan dalam kehidupan. Ada yang bekerja, mengurus keluarga, membesarkan anak, menjaga ibu bapa, belajar, berniaga, aktif dalam masyarakat atau melakukan beberapa daripadanya dalam satu masa. Dalam kesibukan memenuhi pelbagai tanggungjawab ini, wanita sering terbiasa menjadi individu yang kuat, boleh diharapkan dan sentiasa bersedia membantu orang […]
Tujuan Hidup di Dunia: Jadilah Hamba Allah Bermanfaat

Ketika ingin menulis artikel ini, saya teringat akan kata-kata Buya Hamka yang tidak asing lagi iaitu “Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja.” Sekali diimbas, perumpamaan ini keras juga. Namun jika dibaca kali kedua, mesej yang dibawa sangat mendalam dan sangat bermakna. Ungkapan beliau yang ringkas […]
Ucapan yang Baik: Panduan Islam dalam Mengurus Lisan

Pernahkah kita terfikir, yang membina ketamaduan manusia bukan bangunan dan fasiliti semata, tetapi kata-kata turut menjadi faktor utama? Setiap hari kita mengucapkan pelbagai perkataan dalam komunikasi sesama ahli keluarga, rakan sekerja, jiran dan masyarakat umum. Tidak dapat dinafikan, kata dan ucapan yang baik mampu menggembirakan hati, membina semangat dan mengeratkan hubungan. Di satu sudut yang […]
Sijil dan Ijazah: Amanah Ilmu atau Sekadar Gelaran?

Persepsi umum masyarakat hari ini melihat sijil dan ijazah sebagai tiket untuk mendapatkan pekerjaan, kenaikan pangkat atau pengiktirafan sosial. Tidak dinafikan, kelulusan akademik sememangnya mempunyai nilai yang besar dalam dunia profesional. Namun dari sudut pandang syariah, makna sebuah sijil dan ijazah jauh lebih mendalam daripada sekadar sekeping kertas atau gelaran pada pangkal nama. Islam meletakkan […]
Menghadapi Krisis Global dengan Panduan Kaedah Fiqh

Dalam dunia yang semakin kompleks dan tidak menentu, warga dunia hari ini berhadapan dengan pelbagai cabaran yang menuntut kebijaksanaan dalam membuat keputusan. Krisis global seperti kekurangan tenaga, peningkatan kos sara hidup, perubahan iklim serta ketidakseimbangan agihan sumber telah mewujudkan tekanan baharu terhadap individu dan masyarakat. Dalam keadaan ini, keupayaan untuk menentukan keutamaan dan membuat keputusan […]