Himpunan Pembebasan Palestin, IKRAM Gerakkan Ahli

Susulan pembunuhan Asy-Syahid Ismail Haniyeh baru-baru ini, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru dan menggerakkan seluruh ahlinya untuk bersama-sama menunjukkan solidariti dan mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Asy-Syahid Ismail Haniyeh dalam Himpunan Pembebasan Palestin pada ahad ini. 

Menurut Setiausaha Agung IKRAM, Hj Shahrul Aman Mohd Saari, IKRAM adalah sebahagian jawatankuasa penganjur di bawah gabungan Ops Ihsan. Himpunan ini menyasarkan penyertaan seramai 15 ribu peserta daripada seluruh rakyat Malaysia merentas parti, NGO, jabatan-jabatan kerajaan, universiti, sekolah dan pelbagai organisasi. Ucaptama himpunan ini akan disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. 

“Himpunan ini akan diadakan pada 4 Ogos 2024 (Ahad) bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil. Peserta akan berkumpul bermula jam 6.00 petang sehingga 10.30 malam. Peserta yang hadir digalakkan memakai pakaian berwarna putih.”

Beliau turut menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama untuk bersama-sama menyertai himpunan ini sebagai tanda tidak berdiam diri terhadap tindakan kejam seperti ini dan mengharapkan pembelaan yang sewajarnya.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia