Hentikan Budaya ‘Spill the Tea’, Jangan Dedah Aib Orang

Ketika bercakap perihal budaya ‘spill the tea’, kita berbicara tentang fenomena sosial yang sedang merajalela. Bayangkan dunia ini sebagai sebuah pentas teater, di mana manusia berlumba-lumba menjadi aktor dalam drama besar yang dipentaskan tanpa naskhah. Semua mahukan perhatian ditumpu kepada mereka.

Di tengah hiruk-pikuk media sosial, manusia kini terjebak dalam kegilaan mengorek aib orang lain, dengan alasan untuk menghibur atau sekadar mencari sensasi. Dalam perspektif Islam, apakah kita sedar bahawa tindakan ini adalah satu bentuk degradasi moral yang serius?

Kepentingan menjaga aib

Islam – sebagai satu cara hidup yang sempurna, telah lama menekankan betapa pentingnya menjaga aib dan maruah sesama manusia. Kita perlu merenung sejenak akan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, “Barang siapa menutup aib seorang Muslim, Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat.” (HR Muslim)

Dalam Surah al-Hujurat ayat 12 kita diingatkan, “Janganlah mencari-cari kesalahan orang lain…” Ayat ini bukan sekadar nasihat, tetapi satu perintah untuk membina masyarakat beretika dan beradab.

Sejarah mengajarkan kita bahawa masyarakat terdahulul sangat menghargai maruah dan kehormatan. Namun, dengan perkembangan teknologi dan media sosial, budaya ‘spill the tea’ telah mengubah lanskap sosial kita.

Gosip dan pendedahan aib menjadi komoditi yang dijual beli di pasar maya. Ia laku keras; semakin sensasi, semakin tinggi nilainya. Budaya ini melahirkan generasi yang kehilangan empati, generasi yang menjadikan penderitaan orang lain sebagai bahan jenaka dan hiburan.

Kesan jiwa dan emosi

Dari sudut rohani, mendedahkan aib orang lain adalah satu perbuatan yang mampu merosakkan jiwa. Hati sepatutnya menjadi pusat keimanan dan ketakwaan akan menjadi gelap dan kotor.

Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah dia berkata baik atau diam.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Bayangkan, dalam setiap kata-kata yang diucapkan, kita memikul tanggungjawab besar dalam menjaga lidah dan hati. Mendedahkan aib orang lain adalah satu bentuk penghinaan terhadap amanah ini.

Secara psikologi, individu yang terlibat dalam budaya ‘spill the tea’ cenderung mengalami ketidakstabilan emosi. Mereka sering dihantui perasaan cemburu dan tidak puas hati akan apa sahaja tentang orang lain.

Dalam usaha mencari kepuasan sementara, mereka gagal melihat betapa perbuatan ini mencerminkan kelemahan diri yang mendalam.

Islam mengajarkan kita untuk berbaik sangka (husnuzon) dan menasihati dengan hikmah. Dalam usaha memerangi budaya ‘spill the tea’, kita perlu memupuk budaya husnuzon dalam masyarakat.

Dengan berbaik sangka, kita menghindari prasangka buruk dan fitnah. Selain itu, ia membantu memperbaiki kesilapan tanpa merendahkan maruah individu.

Rasulullah SAW bersabda, “Tidak beriman (sempurna iman) seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.” [Riwayat al-Bukhari (13)]

Ini adalah panggilan untuk empati, meletakkan diri dalam kasut orang lain sebelum bertindak.

Kesimpulan

Budaya ‘spill the tea’ adalah cerminan masyarakat yang kehilangan nilai dan adab. Sebagai umat Islam, kita dituntut untuk kembali kepada prinsip-prinsip adab dan akhlak yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Menjaga aib orang lain adalah satu bentuk ketinggian akhlak yang perlu dipupuk. Dalam dunia yang semakin kompleks ini, marilah kita menjadi ejen perubahan yang baik dengan mengamalkan nilai-nilai murni Islam dalam setiap aspek kehidupan.

Sesungguhnya, dalam menjaga aib orang lain, kita sebenarnya memelihara kesucian hati dan jiwa. Inilah jalan yang perlu dipilih, jalan membawa lebih dekat kepada Tuhan dan usaha menjauh daripada segala budaya yang laku keras ini.

Nur Afirah

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia