Hadapi Isu Dadah Dengan Pendekatan Berpaksikan Insan

Hadapi Isu Dadah Dengan Pendekatan Berpaksikan Insan | IKRAM

Perutusan Sempena Hari Antarabangsa Menentang Penyalahgunaan dan Pengedaran Dadah

Hari Antidadah Antarabangsa 2023 kali ini mengangkat tema ‘Insan Didahulukan: Hentikan Stigma dan Diskriminasi, Tingkatkan Pencegahan’ (People First: Stop Stigma and Discrimination, Strengthen Prevention).

Masalah dadah yang semakin kompleks memberi kesan besar kepada puluhan juta orang di seluruh dunia. Ramai orang yang menggunakan dadah sebenarnya terperangkap dalam keadaan sedemikian dan berhadapan dengan stigma dan diskriminasi, yang menghalang mereka daripada mendapatkan bantuan yang diperlukan, lantas membahayakan lagi kesihatan fizikal dan mental mereka.

The United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC) mengiktiraf pendekatan berpaksikan insan dalam menghadapi isu dadah, dengan tumpuan kepada hak asasi manusia, belas kasihan dan amalan penyelesaian yang menepati masalah sebenar.

Hari Antarabangsa Menentang Penyalahgunaan Dadah dan Pengedaran Dadah (The International Day Against Drug Abuse and Illicit Trafficking), atau Hari Antidadah Antarabangsa, disambut pada 26 Jun setiap tahun untuk mengukuhkan tindakan dan kerjasama dalam mencapai dunia yang bebas daripada penyalahgunaan dadah.

Matlamat kempen tahun ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan merawat mereka yang menggunakan dadah dengan cara terhormat dan penuh empati; menyediakan perkhidmatan sukarela berasaskan pembuktian untuk semua; menawarkan alternatif kepada hukuman; serta mengutamakan pencegahan.

Kempen ini juga bertujuan untuk memerangi stigma dan diskriminasi terhadap mereka yang menggunakan dadah dengan mempromosikan pendekatan lebih rahmah, sikap yang menghormati dan tidak menghukum (non-judgmental).

Hari Antidadah Antarabangsa tahun ini membawa seruan untuk:

1. Meningkatkan kesedaran tentang kesan negatif stigma dan diskriminasi terhadap orang yang menggunakan dadah dan kesan kepada keluarga mereka.

2. Meningkatkan kesedaran tentang wabak AIDS dan hepatitis dalam kalangan orang yang menggunakan dadah dan meluaskan serta mengukuhkan program pencegahan HIV dan hepatitis.

3. Mempromosikan tindakan sukarela dalam memperoleh rawatan yang tepat dan sesuai bagi mereka yang menggunakan dadah.

4. Mendidik tentang bahaya penggunaan dadah, rawatan yang tersedia dan kepentingan intervensi dan sokongan awal.

5. Melakukan advokasi untuk usaha alternatif kepada pemenjaraan bagi jenayah berkaitan dadah, seperti rawatan dan perkhidmatan berasaskan komuniti.

6. Membasmi stigma dan diskriminasi dengan mempromosikan pendekatan rahmah dan tidak menghukum.

7. Memperkasakan golongan muda dan komuniti untuk mencegah penggunaan dan ketagihan dadah.

Di Malaysia, sambutan Hari Antidadah Antarabangsa diraikan pada 26 Jun 2023 bertemakan ‘Lebih Baik Cegah’ dengan menfokuskan kepada ‘Pencegahan Dadah Bermula di Rumah.’

Bagi menyemarakkan sambutan Hari Antidadah Antarabangsa 2023, pemakluman dan peringatan kepada orang ramai tentang Kempen Anti-Dadah mula digerakkan sejak 19 Februari setiap tahun sempena tarikh pengisytiharan dadah sebagai Musuh Nombor 1 Negara dengan pelbagai aktiviti utama yang dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di seluruh negara.

Pertubuhan IKRAM Malaysia turut sama mempergiatkan pelbagai inisiatif untuk terus mendukung usaha advokasi dan pendidikan masyarakat dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah.

Kita mengajak seluruh rakyat Malaysia berganding bahu memainkan peranan masing-masing untuk menoktahkan masalah penyalahgunaan dadah dan menjadikan negara Malaysia yang kita kasihi ini sebagai negara madani dan progresif bercirikan masyarakat yang sejahtera, sihat dan selamat.

Hj Ainullotfi Abdul Latif
Ketua Kluster Masyarakat Progresif
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pn Faridah Maludin
Ketua Unit Putuskan Rantaian Dadah
Kluster Masyarakat Progresif

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia