Era Media Konvergen dan Impak dalam Industri Kreatif

Era media konvergen (pergabungan media) merujuk kepada zaman teknologi media yang berbeza bersatu untuk membentuk platform komunikasi yang lebih holistik.

Ia melibatkan penggabungan media tradisional seperti televisyen, radio dan surat khabar dengan teknologi digital seperti internet, telefon pintar dan media sosial.

Dalam era ini, pengguna dapat mengakses pelbagai jenis kandungan melalui pelbagai peranti dan platform, mengubah cara menerima, menghasilkan dan berkongsi maklumat.

Dengan konvergensi media, batasan antara media yang berbeza semakin kabur, membuka pintu kepada pengalaman media yang lebih menyeluruh dan terintegrasi.

Impak besar

Keadaan ini membawa impak yang besar kepada industri media, budaya masyarakat serta cara berinteraksi dengan dunia di sekeliling kita. Bangsa-bangsa di dunia ini dapat disatukan melalui teknologi media baru ini.

Revolusi Industri Keempat atau Industri 4.0 menyaksikan elemen-elemen artificial intelligence turut akan digunakan untuk menyediakan laporan untuk mengambil alih tugas yang dilakukan oleh media.

Konvergen merupakan titik tengah revolusi media digital hari ini dan termasuk teknologi dan aplikasi perisian seperti internet dan perdagangan eletronik, teknologi telefon pintar, animasi filem digital, DVD dan televisyen definisi tinggi (HDTV) serta sistem permainan video sistem.

Dari semasa ke semasa, konvergen telah menjadi istilah yang cukup elastik dengan membawa maksud perkara yang berbeza bergantung pada masa, aplikasi dan konteks.

Industri kreatif yang meliputi seni persembahan dan muzik, reka bentuk, animasi, pengiklanan dan pembangunan kandungan wajar dimajukan lagi untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Komunikasi ekspresi baru

Media konvergen adalah penggabungan atau gabungan bersama media sebelum ini untuk menghasilkan bentuk komunikasi ekspresi baru. Media konvergen mengubah industri, perkhidmatan dan amalan kerja yang mantap dan membolehkan bentuk kandungan yang baru muncul sepenuhnya.

Pemikiran konvergen merujuk kepada keupayaan menumpukan pemikiran ke satu arah untuk mencari satu jawapan yang betul berdasarkan data sedia ada. Proses ini mengurangkan kepelbagaian jawapan kepada hanya satu jawapan bagi sesuatu masalah yang jelas dan hanya mempunyai jawapan yang tetap.

Dari segi pendidikan, konvergensi media telah membawa banyak perubahan kepada sistem pembelajaran dengan menggabungkan industri kreatif.

Pelajar pada masa kini menggunakan media digital sebagai cara pembelajaran dan pengajaran di universiti. Buku sokongan pelajar hari ini tidak hanya tersedia dalam cetakan. Melalui skrin komputer, pelajar dapat mengakses dalam bentuk buku elektronik.

Terdapat banyak tutorial video yang dapat membantu pelajar untuk belajar di mana-mana sahaja. Tidak dapat dinafikan bahawa pelajar menggunakan alat komunikasi ini untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

Namun pelajar boleh juga mencari bahan dengan mengakses melalui telefon bimbit walaupun mereka berada dalam persekitaran kelas tanpa memerlukan makmal ICT.

Teori konvergensi media diasaskan dan dipraktikkan oleh Kolodzy yang menyediakan model untuk menggambarkan konvergensi media, Kolodzy dalam Friedrichsen & Kamalipour (2017). Manfaat media konvergen ialah ia tidak begitu berat di pocket book.

Industri kreatif

Industri kreatif menemukan lebih banyak cara untuk menyatukan media untuk keuntungan mereka dari segi kecekapan dan keberkesanan kos. Syarikat dalam industri cetak mencari jalan untuk menggabungkan penggunaan Internet dalam kandungan mereka.

Konvergensi media lebih murah daripada menggunakan beberapa pekerja yang khusus dalam satu platform. Menggunakan media sosial jauh lebih cekap dan menjimatkan untuk jangkauan orang ramai.

Pengiklanan dan pelaporan berita dapat dikemas kini dalam media sosial dengan lebih pantas berbanding mencetaknya di atas kertas. Yang lebih menarik, semuanya percuma atau tidak melibatkan kos yang tinggi.

Penggabungan kandungan teknologi dalam media massa yang berbeza yang merupakan produk pergabungan media adalah evolusi teknologi yang tidak dapat dikalahkan.

Konvergensi teknologi yang berterusan ini menjadikan kehidupan kita sebagai pengguna lebih mudah kerana dapat mencari maklumat dalam laman web dengan lebih cepat, cekap dan mudah.

Aplikasi rangkaian sosial pada telefon membolehkan pengguna terus berhubung dengan rakan-rakan dan rakan sekerja dengan hanya satu klik. Di samping itu, orang yang tinggal beribu batu boleh dihubungkan melalui media sosial menggunakan telefon dan komputer mereka.

Fenomena

Masyarakat sekarang ketagih melayan e-mel, Facebook, X (Twitter), Instagram dan WhatsApp. Mereka telah “hanyut” dalam tingkah laku negatif ini yang menjadikan cara hidup mereka bagaikan tidak dapat berfungsi tanpa teknologi.

Kebangkitan perkhidmatan komunikasi dalam talian kini termasuklah rangkaian sosial Facebook, perkhidmatan microblogging X, YouTube, perisian blog seperti Blogger dan WordPress dan banyak lagi.

Skala pertumbuhan platform media sosial ini telah menjadi satu fenomena. Selain itu, media konvergen membolehkan sumber untuk mencapai khalayak yang lebih luas dengan mesej media yang sama untuk dibentangkan di pelbagai platform untuk memenuhi kehendak pengguna. Maklumat tersedia di pelbagai platform dalam masyarakat hari ini.

Mengubah corak hubungan sosial dengan kreativiti

Pengguna dapat mengakses media sosial melalui pelbagai cara dan dapat memilih platform yang paling sesuai dengan keperluan masing-masing.

Dengan pergabungan media, pengguna berpecah berdasarkan platform mana yang paling sesuai dengan keperluan mereka. Akhirnya ia meningkatkan jumlah pengguna sedia ada dan bilangan peluang untuk melihat mesej di platform kegemaran individu juga meningkat.

Masyarakat sememangnya tidak dapat mengelak daripada terperangkap dengan skrin televisyen, skrin komputer dan skrin telefon. Seiring dengan peredaran zaman, masyarakat bergantung kepada ketiga-tiga skrin kehidupan moden ini untuk mengetahui isu semasa serta menyelesaikan urusan harian.

Syarikat media kini hampir sepenuhnya dilengkapi ciri dalam talian yang boleh diakses melalui laman web yang menyajikan berita seperti yang dipaparkan pada edisi cetak.

Hal ini menunjukkan peralihan pesat perkembangan media maklumat yang mendahulukan kemudahan, kecekapan dan keberkesanan akses maklumat sedemikian kepada orang ramai.

Oleh itu, skrin telefon bimbit amat rapat dengan masyarakat kerana selain untuk melihat berita, ia juga penting untuk bersosial.

Melalui skrin komputer dan telefon bimbit juga, masyarakat dapat mengembangkan sesuatu perniagaan secara dalam talian. Hal ini demikian kerana media sosial lebih selesa untuk dilayari menggunakan komputer apatah lagi telefon bimbit. Sebagai contoh Instagram, TikTok, Facebook, Zalora, Shopee dan sebagainya.

Pergabungan media telah mengubah corak hubungan sosial dengan kreativiti. Fenomena ini dapat kita beri gelaran sebagai “dunia hanya berada di dalam saku kita” sahaja (Syed Muhammad Dawilah al-Edrus, 2002).

Apabila kita membahaskan isu-isu kebudayaan dan masyarakat pada zaman moden ini, kita tidak dapat lari daripada berkomunikasi secara bersemuka atau maya.

Dengan menggunakan telefon mudah alih yang semakin kecil, kita dapat berhubung ke serata dunia dalam sekelip mata.

Prof. Madya Ts. Dr. Jessica Ong Hai Liaw
Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia & Pengerusi Women in Logistics and Transport (WiLAT) Malaysia, CILTM

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia