Diskriminasi Terhadap Wanita: 3 Asas Perlu Diketahui

“Sebab itu kita perlu melihat kepada tiga perkara asas; apakah peranan kita? Apakah hak kita? Apakah tanggungjawab kita?” jelas beliau dalam ketika mengulas topik ‘Diskriminasi Ke Atas Wanita’ dalam rancangan Assalamualaikum di TV Al-Hijrah semalam. 

Justeru, kata beliau, kita bukan hanya mengatakan tentang hak semata-mata.

“Apabila kita mengatakan perjuangan hak asasi manusia sekali pun, ia bukanlah sesuatu yang bersifat mutlak kerana ia mestilah dibatasi degan prinsip-prinsip hidup yang tertentu.”

Dalam hal ini, tambah beliau, masyarakat Malaysia adalah merupakan masyarakat yang majoriti beragama dan seseorang itu menjalani kehidupan berdasarkan agama yang mereka pegang.

“Dalam Islam, telah ditetapkan peraturan-peraturan tersebut. Maka hak dan kebebasan kita adalah berpandukan agama juga kepercayaan yang kita anuti dan saya percaya agama lain juga mempunyai hak-hak yang membentuk kehidupan masyarakat dan penganut mereka tersendiri,” demikian jelas Che Asmah.

Menurutnya, lelaki dan wanita adalah dua kelompok yang berbeza. Perbezaan yang utama adalah daripada sudut biologinya.

Diskriminasi itu jika kita lihat secara definisinya bermakna tidak berlaku adil kepada sesuatu kelompok atau individu berdasarkan kelompok itu yang mewakili sesuatu, contohnya antara lelaki dan wanita.”

Menurut Che Asmah, Allah s.w.t. menjadikan lelaki dan wanita berbeza dan mempunyai peranan-peranan tertentu yang melengkapkan antara satu sama lain dan ia bukanlah satu persaingan.

“Kalau kita lihat bersaing, maka memanglah kita akan nampak persaingan dan kita nampak atas perbezaan itu,” katanya.

Setiap kita ujarnya perlu berasa bersyukur atas perbezaan itu kerana Allah s.w.t. yang lebih mengetahui akan kehidupan manusia.

“Dijadikan biologi yang berbeza itu bagi memenuhi keperluan kehidupan manusia. Sekiranya kita dapat lihat dari konteks itu, maka tidaklah lelaki dan wanita ini melihat daripada sudut persaingan.”

Jelasnya lagi, daripada situ akan timbul tentang hak, apa yang lelaki boleh buat wanita juga nak buat dan ia tidak perlu dilihat daripada sudut itu.

Dalam aspek pembahagian harta kata beliau, ia dilihat melebihkan lelaki dan dianggap sebagai diskriminasi.

“Saya tidak fikir begitu, sebab bila kita kata hak itu diberi kepada lelaki itu lebih, ia datang dengan tanggungjawab. Jadi, tanggungjawab itu yang perlu dilaksanakan.”

Apa yang terjadi kini tegas beliau, penguatkuasaan terhadap pelaksanaan tanggungjawab itu tidak berlaku dengan baik.

“Kalau kita lihat bahawa tanggungjawab seorang lelaki itu bukan sahaja membela, menjaga keselamatan anak isterinya, tetapi juga termasuklah (menjaga) kedua ibu bapanya dan saudara-saudara (adik-beradik) perempuannya yang orang (ramai) sentiasa lupa.”

Justeru menurut Che Asmah, asas tanggungjawab itulah yang meletakkan bahawa lelaki diberi hak pemilikan harta pusaka lebih daripada perempuan.

“Maknanya perlu dilaksanakan tanggungjawab itu terlebih dahulu dan penguatkuasaan itu yang perlu diperbaiki,” jelas beliau mengakhiri wawancara tersebut.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia