Dengan objektif untuk memahirkan remaja dengan tatacara sembelihan yang betul dan cara memasak yang baik serta memberi pendedahan semangat bekerja dalam kumpulan, program ini telah dihadiri seramai 42 orang peserta dan dibantu oleh 10 orang fasilitator IKRAMTeens.
Slot sembelihan telah dikendalikan oleh Ustaz Shahdan Idrus daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan dibantu oleh pegawai beliau, bermula dengan teori diikuti dengan praktikal sembelihan.
Para peserta juga meraih pengalaman baru dan berasa teruja untuk menyembelih ayam-ayam hidup yang disediakan oleh pihak penganjur.
Seterusnya slot pertandingan memasak pula telah dikendalikan oleh Chef Nor Azwan Arshad daripada Darul Ehsan Medical Centre (DEMC).
Pelbagai jenis masakan disediakan oleh para peserta yang dibahagikan mengikut kumpulan antaranya ayam gulai, ayam kurma, ayam rendang dan ayam merah.
Hadiah turut disediakan dalam pertandingan memasak tersebut. Peserta juga turut diterapkan dengan akhlak mulia dan ibadah dalam slot Tazkirah Zohor.
Semoga program ini mendapat impak yang baik selain kerjasama antara MBPJ dan IKRAM Petaling Jaya akan diteruskan pada masa akan datang bagi menyokong pelbagai aktiviti luaran kerohanian kepada remaja.