COVID-19: ‘Perang’ belum berakhir

 Baginda menyeru demikian berikutan lebih banyak sektor sosial, prasekolah, tadika kerajaan dan swasta yang telah dibenarkan beroperasi..

 

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kebanyakan sektor ekonomi telah pun dibuka dan sedang beroperasi sepenuhnya, namun demikian, penularan kes dalam komuniti adalah terkawal.

 

Beliau mengingatkan masyarakat di Malaysia supaya tidak alpa dengan trend penurunan kes COVID-19 di negara ini.

 

“Sebaliknya, kita perlu lebih berwaspada serta mematuhi SOP dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan pada setiap masa,” tegasnya.

 

Jelasnya, kerjasama semua pihak adalah amat penting untuk bersama-sama memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia.

 

Menurut Noor Hisham, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam taklimat secara maya menyatakan, pandemik COVID-19 di dunia masih belum berakhir.

 

“Malah, secara global, kes-kes pandemik COVID-19 ini sebenarnya semakin meningkat.”

 

Tambah beliau, Dr Tedros turut memberi amaran bahawa situasi pandemik COVID-19 di seluruh dunia dijangkakan akan semakin melarat.

 

Beliau memetik kenyataan Dr Tedros:

“We all want this to be over. We all want to get on with our lives. But the hard reality is this is not even close to being over.”

 

Sehingga kini, kes COVID-19 seluruh dunia mencatatkan lebih 10 juta kes positif, lebih 500,000 kematian dan lebih 6 juta yang telah sembuh, menurut worldometers.info.

 

Daripada lebih 10 juta itu, lebih 2.7 juta kes adalah dari Amerika Syarikat (dengan 130,798 kematian), lebih 1.4 juta dari Brazil dan lebih 600,000 kes masing-masing dari Rusia dan India.

 

AS dilaporkan kembali mencatat peningkatan berganda kes COVID-19 dengan peningkatan 43 peratus kes baharu sementara kematian meningkat 20 peratus, sebagaimana yang didedahkan menerusi analisis agensi berita Reuters.

 

Pakar penyakit berjangkit, Anthony Fauci memberi amaran bahawa kes COVID-19 di AS boleh meningkat sehingga 100,000 setiap hari memandangkan negara ini ‘tidak berada pada tahap kawalan yang sepatutnya’.

 

Manakala di Asia, kawalan peringkat kebangsaan, perintah kawalan pergerakan dan mewajibkan pemakaian topeng berjaya mengurangkan kes COVID-19.

 

Peningkatan kes di AS ini dicatatkan ketika banyak negara sudah mula membuka semula sektor ekonomi mereka.

 

Tentunya, pematuhan rakyat terhadap SOP menjadi pengukur kepada proses pemulihan ke arah negara bebas pandemik COVID-19.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia