Cintai Bahasa Ibunda, Perkukuh Jati Diri Bangsa

Cintai Bahasa Ibunda, Perkukuh Jati Diri Bangsa | IKRAM

KUALA LUMPUR – Majlis Pelancaran Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa (HBIA) 2024 telah diadakan pada Rabu, bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini.

Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa disambut pada 21 Februari setiap tahun melalui pengisytiharaan oleh UNESCO sejak 17 November 1999 di seluruh dunia bagi mengiktiraf kepelbagaian bahasa di kalangan penduduk dunia. 

Penganjur utama majlis sambutan terdiri daripada Yayasan Penyelidikan dan Pembangunan Pendidikan Tamil Malaysia, Pertubuhan IKRAM Malaysia, Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Geok, Jaringan Orang Asal SeMalaysia dan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).

Dalam ucapan aluan majlis, Pengerusi Jawatankuasa HBIA 2024, Kugeneswaran Tamilmany mengatakan bahawa bahasa ibunda mempromosikan kepelbagaian dan toleransi dari segi budaya, adat budaya sepertimana yang wujud di Malaysia dan seluruh dunia.

“Malaysia terkenal sebagai masyarakat majmuk, terdiri daripada berbilang budaya, kaum, bangsa dan agama.” 

Jelasnya lagi, bahasa ibunda bukan sahaja rapat dalam kehidupan seseorang, tetapi hak bagi semua penutur mempelajari dan menggunakannya dalam kehidupan seharian sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Pendidikan bahasa ibunda berlandaskan falsafah pendidikan negara, merupakan satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan modal insan yang seimbang dan harmoni dari segi rohani, emosi dan jasmani berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. ”

Dengan tema ‘Pendidikan Berbilang Bangsa – Satu Keperluan Untuk Transformasi Pendidikan,’ beliau mengajak seluruh masyarakat dengan kepelbagaian bahasa yang wujud bersama, berganding bahu memajukan pendidikan negara. 

Majlis pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, SN Dato’ Dr Anwar Ridhwan. 

Beliau memuji kehadiran hadirin dalam majlis tersebut yang menggambarkan semangat dan kecintaan yang mendalam terhadap bahasa ibunda. Menurutnya, ini merupakan fitrah naluri yang merupakan anugerah Tuhan kepada setiap kelompok manusia di dunia. 

“Penguasaan bahasa ibunda bukan sahaja menggambarkan kita insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, malah membolehkan seorang insan mengungkapkan pemikiran dan menyampaikan perasaan dengan lebih mudah dan yakin berbanding menggunakan bahasa kedua atau ketiga,” ujar beliau.

Tambahnya lagi, dalam konteks pembinaan negara bangsa, warganegara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik perlulah memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa ilmu, bahasa perpaduan dan bahasa penyatuan.

Dalam perkembangan berkaitan, satu sesi forum bertajuk “Kepelbagaian Bahasa untuk Memantapkan Pendidikan Negara” diadakan menampilkan Dr Lee Huan Yik dari Akademi Bahasa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UTM, Dr Kumaran Velu Ramasamy dari Institut Aminuddin Baki (IAB) dan Dato’ TPr Suki Mee dari Persatuan Pembangunan Orang Asli Malaysia (MOADA). 

Majlis Pelancaran HBIA 2024 turut mendapat kerjasama Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan Malaysia (FAATUM), Merdeka Universiti Berhad, Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) dan Kadazandusun Language Foundation (KLF). 

Program yang disiarkan secara langsung di laman facebook International Mother Language Day (IMLD) turut diserikan dengan Deklarasi Bangsa-bangsa Bersatu (UN) HBIA 2024, Lagu Tema Khas HBIA ”Sayang Bahasa Ibunda” dan video pelancaran Kadazan Flash Cards App Vol. 3 oleh KLF.

Majlis ini juga dijayakan oleh rakan strategik sambutan iaitu Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), Inisiatif Pengislahan Pendidikan Nasional (IPPN), Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia dan Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur, Malaysia.

Turut hadir semasa pelancaran ialah Pengerusi GBM, Ir Stanley Yong Yew Wei dan Pengarah Eksekutif Musleh Integrated Education Berhad (MIEB), Ust Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor. 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia