Utama

Program Pemeriksaan Kesihatan Ahli IKRAM dilancarkan

BANGI – Program Pemeriksaan Kesihatan ahli IKRAM yang bertemakan “Akal yang sihat bermula dari badan yang sihat” oleh IKRAM Health telah dilancarkan oleh Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) pada pagi Ahad 22 Mei lalu, semasa Sidang Dewan Perwakilan Nasional (DPN) Kelima di Puri Pujangga, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Read More »

Sukan IKRAM Kedah meriah, penuh semangat

SUNGAI PETANI – Sukan IKRAM Peringkat Negeri Kedah telah disertai oleh semua IKRAM Daerah iaitu Kubang Pasu, Alor Setar, Sungai Petani, Kulim dan Baling pada Selasa 17 Mei yang lalu di Kompleks Sukan Pusat Pendidikan Al-Islah, Sungai Petani.

Read More »

Daurah Ta’hil Tingkat Keterampilan Murabbi

JOHOR BAHRU – Seramai 200 orang ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor telah menyertai Daurah Ta’hil anjuran Jawatankuasa Tarbiah IKRAM Johor. Program yang pertama kali dianjurkan itu telah diadakan di Kompleks IKRAM Johor bertempat di Taman Universiti.

Pengerusi Jawantankuasa Tarbiah IKRAM Johor, Ustaz Hj Muhamad Hairozi Mohamad, berkata Daurah Ta’hil ini bertujuan untuk memberi persediaan kepada bakal murabbi dan murabbi sedia ada, meningkatkan kemahiran serta ilmu dalam mengendalikan halaqah.

“Ini adalah usaha penting sebagai persediaan kepada para ahli melengkapkan diri dalam proses melaksanakan wasail tarbiah yang telah ditetapkan. Saya sangat gembira dengan kehadiran yang ramai di mana 80%  adalah dari kalangan pemuda. Saya berharap usaha ini akan menyuburkan usaha dakwah di negeri Johor,” katanya.

Daurah Ta’hil ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Tarbiah IKRAM Pusat dengan dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Abd Muhaimin Mohd Sahar Al-Hafiz dan dibantu oleh Al-Fadhil Ustaz Asim Alias.

Program yang bermula pada 8.00 malam pada hari Jumaat tamat pada jam 6.15 petang Sabtu. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Yang Dipertua IKRAM Negeri Johor, Prof Dr Hj Arshad Ahmad.

Read More »

Tanah runtuh: IKRAM beri sumbangan

HULU LANGAT – Naib Presiden IKRAM, Ust Wan Subki Wan Salleh mewakili IKRAM Pusat dan Sdr Mohd Kamal Mohd Rathi mewakili IKRAM Selangor hari ini telah mengadakan  lawatan ke rumah Anak Yatim dan Madrasah At-Taqwa yang ditimpa musibah akibat tanah runtuh yang mengorbankan 16 nyawa penghuni rumah yatim tersebut.

Read More »

Portal IKRAM versi baru lebih dinamik

BANGI – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) melancarkan portal baru yang lebih dinamik, kontemporari, kaya maklumat berasaskan teks, audio dan video serta lebih menyeluruh bersempena persidangan Dewan Perwakilan Nasional (DPN) di Dewan Utama, Puri Pujangga, Universiti Kebangsaan Malaysia pada 21-22 Mei 2011.

Read More »

Utama

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia