Portal IKRAM versi baru lebih dinamik

portal ikram

Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad telah melancarkannya disaksikan hampir seratus ahli DPN Pertubuhan IKRAM Malaysia. Turut menyaksikan acara tersebut ialah Timbalan Presiden, Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Media IKRAM (IKRAMedia) serta Timbalan Pengerusi, Tuan Hj Nahar Md Nor yang memantau perjalanan semua institusi media milik IKRAM.

Secara simboliknya, Dr Mohd Parid telah merasmikan pelancaran dengan ‘menekan’ butang ‘launch’ sebagai pemula untuk memainkan montaj pelancaran selama 30 saat. Tuan Hj Ahmad Jamali Sepihie selaku Setiausaha IKRAMedia Pusat kemudiannya memberi penjelasan secara ‘walk through’ akan reka cipta baru Portal IKRAM. Mengambil peluang ini, JK Penerangan turut mengisyhtiharkan reka cipta baru portal berita Malaysia Harmoni yang dibangunkan semula.

portal ikram

Saudara Mohamad Saidy Ismail (kiri) selaku Ketua Perunding Lembaga Editorial Portal Malaysia Harmoni dan selaku ketua dalam usaha-usaha penulisan IKRAMedia Pusat, telah memberi penjelasan akan perlunya penglibatan serta sokongan ahli-ahli DPN bagi menggalakkan penghasilan kandungan dan penulisan untuk mengisi kedua-dua portal ini.

Orang ramai kini boleh mengikuti laporan aktiviti-aktiviti dan perkembangan semasa Pertubuhan IKRAM Malaysia sama ada Pusat atau IKRAM negeri melalui portal ini. Portal ini juga membantu anda mengakses laman institusi-insitusi IKRAM yang popular seperti Aqsa Syarif, IKRAM Health, sayap Wanita IKRAM, MUSLEH dan rangkaian sekolah-sekolah IKRAM dan beberapa laman lain.

Selain itu, portal baru ini juga menghubungkan orang ramai dengan facebook beberapa orang kepemimpinan IKRAM yang aktif dengan laman sosialnya. Anda juga dapat mengikuti bahan-bahan tarbiah dalam talian dan klip video penyampaian tokoh-tokoh IKRAM.

Sementara itu, Hj Ahmad Jamali mengharapkan dengan pelancaran portal baru ini, IKRAM negeri dan daerah sentiasa mengemas kini laman masing-masing serta menulis mengenai aktiviti-aktiviti IKRAM peringkat negeri dan daerah supaya maklumat dan pencapaian IKRAM dapat dikongsikan dan dihubungkan melalui portal ini.

“Kita harap portal baru ini dapat membantu mengembangkan usaha dakwah dan tarbiah Islamiah ke dalam masyarakat,” katanya.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia