Konvoi Pembebasan Palestin warnai ulang tahun Nakbah Palestin ke-63

Konvoi tersebut bermula di Masid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta hingga ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam (MSSAS).

Lebih 500 peserta menyertai konvoi ini merangkumi kereta, skuter dan motosikal berkuasa tinggi. Turut menyertai konvoi adalah Kelab Skuter Malaysia dan Kelab Bumi Bikers and Adventure.  Antara lokasi yang disinggahi konvoi adalah Taman Tasik Titiwangsa, Taman Tasik Metropolitan, Masjid Bukit Indah Ampang, KL Sentral, Hentian Rehat Awan Besar (lebuhraya Kesas) dan Taman Tasik Shah Alam.

Di setiap lokasi, peserta konvoi mengedarkan risalah untuk menyedarkan orang ramai tentang peristiwa Nakbah Palestin 1948 yang menjelaskan sejarah kekejaman dan penjajahan rejim Zionis ke atas Palestin di samping mengutip derma untuk meringankan beban rakyat Palestin yang dijajah buminya.

Konvoi berakhir di MSSAS sebelum maghrib pada hari yang sama. Semua peserta tersenyum puas setelah menunaikan tanggungjawab menyedarkan rakyat Malaysia tentang kekejaman Zionis dan kemestian membantu membela rakyat Palestin yang tertindas.

Pada sebelah malam pula, diadakan Malam Pembebasan Palestin 2011 di dewan MSSAS sempena konvoi yang diadakan. Peserta konvoi dan orang ramai disajikan dengan pidato khas Nakbah Palestin oleh Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor, Pemangku Pengerusi Aqsa Syarif Berhad.

Majlis tersebut diserikan lagi dengan kehadiran Sasterawan Negara, Prof Emeritus Datuk A. Samad Said yang membacakan puisinya yang berjudul ‘Bumi Tengkorak’ dan ‘Anak-anak Palestina’ sempena memperingati kekejaman Zionis yang tidak kunjung padam sehingga hari ini.

Majlis ini juga dimeriahkan dengan persembahan puisi Palestin oleh Bob dan Santhira Morgan, serta persembahan lagu Palestin oleh Muadz & Friends dan nasyid oleh kumpulan Caliph.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia