Menurut Pengerusi IKRAM Health, Dr Shaiful Azmi Yahaya, program ini bertujuan memberi kesedaran kepada ahli IKRAM terutamanya kepimpinan IKRAM semua peringkat akan peri pentingnya pemeriksaan kesihatan dilakukan secara berkala untuk memastikan badan sentiasa sihat untuk menggalas tugas-tugas dakwah yang makin banyak dan mencabar.
Merintis kepada Program Pemeriksaan Kesihatan ahli IKRAM di seluruh Malaysia, Program Pemeriksaan Kesihatan ahli DPN telah dianjurkan oleh IKRAM Health sempena persidangan tahunan DPN tersebut yang berlangsung pada 21 Mei dan 22 Mei yang lalu.
Seramai 9 orang doktor dibantu oleh 12 orang pelajar perubatan dari Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) dan 4 orang pelajar perubatan UKM telah berjaya memeriksa seramai 62 ahli DPN pada sesi pemeriksaan yang diadakan pada waktu-waktu rehat persidangan tersebut.
Pihak Sekretariat IKRAM Health menghargai kerjasama semua ahli DPN yang telah memberi dalam menjayakan program pemeriksaan tersebut dan berharap keputusan pemeriksaan akan menjadi lebih baik dalam saringan kali kedua supaya ahli DPN lebih prihatin akan status kesihatan masing-masing.
(Gambar ihsan: Facebook Lotfi Al-Fikri)